Wednesday, December 14, 2011

Vitamin E tingkatkan Risiko Strok ??!! Betulkah??!!

salam..

hai semua.. hari ni saya nak kongsi satu info yang saya baru baca dari majalah  iSIHAT keluaran januari 2011.
majalah ni sebenarnya sdh lama tapi selama ni tidak perasan pula semalam baca balik baru perasan pasal kaitan vitamin E dan strok..


Laporan kajian yang dimuat dalam British Medical Journal mengatakan pengambilan suplemen vitamin E boleh meningkatkan risiko serangan strok. Para penyelidik dari Perancis , Jerman dan Amerika Syarikat menganalisis 9 penelitian yang melibatkan 119,000 orang dan menemui bagi setiap 1250 orang terdapat risiko terkena strok atau pendarahan di otak yang disebut haemorrhagic stroke. Tapi belum diketahui pada paras berapa vitamin E boleh menjadi bahaya.


Haemorrhagic stroke merupakan salah satu jenis strok yang banyak terjadi. Biasanya serangan ini terjadi jika pembuluh darah yang menyalurkan darah ke otak pecah menyebabkan otak tidak mendapat cukup oksigen. Pakar perubatan mendapati vitamin E meningkatkan kadar strok sebanyak 22%. 
Tapi berita baiknya vitamin E juga sebenarnya mengurangkan risiko strok iskemik hingga 10%. Strok iskemik terjadi apabila berlaku sumbatan pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke otak.

No comments:

Post a Comment