Tuesday, December 27, 2011

Berpisah.. 5 tahun ??!!

salam & selamat pagi semua..

 hari ni saya nak bercerita pasal kisah sedih plak.. sebenarnya minggu lalu kami baru menerima berita gembira bila en. Abi berjaya dapat tawaran Institut Pendidikan Guru tapi tidak tahu lagi dimana..
Dan hari ni.. jawapan bagi segala penantian terjawab bila en. Abi dapat tawaran belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor...
Jadi nampaknya kami akan berjauhan selama 5 tahun.. sebabnya saya berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah dan en.Abi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor..
huhu...
walaupun rasa berat tapi saya tetap memberi sokongan dan dorongan.. Sebab memang itulah cita-cita en.Abi.. Nanti lepas 5 tahun akan datang en.Abi dah jadi cikgu, fiqri sdh dalam tahun 3.. Wahhh.. besar dah fiqri kan..
Apa yang saya fikir skrg kena cepat-cepat dapat lesen.. payahlah nti kereta parking saja di rumah, bila saya nak jalan terpaksan naik bas.. klu ada kecemasan macam mana kan.. huhu.. tapi yakin boleh...











Friday, December 23, 2011

Tidak sihat :(


salam,,
malam ni tiba2 rajin buka blog yg dah lama di tinggalkan.. Rindu dgn kwn2 bog.. rindu nak blogwalking dan rindu nak bercerita tp saya x sihat..

Sekarang ni merajinkan diri bercerita sbb mata sdh x ble tidur...
emm.. tu saja lah nak bgtau.. wahaha.. takut pula kwn2 tercari2.. ( haha perasan betul.. sapa nak cari kan )

o ya.. masa saya baca entri kak Miles of smiles blog ni http://www.suzie284.com/
saya terbaca pasal satu blog yg kak suzie ceriatkan.. mmg betul spt kak suzie kata.. bila baca blog dia kita akan lebih menghargai suami kita.. sbb nya.. jeng.. jeng.. nti saya cerita di entri akan datang

selamat malam semua..


Saturday, December 17, 2011

Disconnection Fee RM500?

Assalamualaikum & Selamat malam..

gambar ihsan dari Uncle Google yang baik hati...

Malam-malam ni teringat plak pasal 14 Dec lalu saya ada terima surat dari satu siaran tv berbayar tuuuuutttt yang meminta saya membayar Disconnection Fee RM500.. Mak aiii... terkezuuuut jantung saya..

Eh tak tau pula saya ada bayaran utk kes disconnect.. hish...hish....
Bila fikir-fikir balik mungkinkah sebab saya tidak melanggan selama kurang dari 2 tahun? Rasanya tidak juga...

gambar ni pun ihsan dari uncle google yang baik hati..

Kalau dikatakan pun sebab ada perjanjian yang saya tandatangani pun.. tak ada apa2 pula saya menandatangani apa2 dokument untuk itu dulu...

Emm... saya masih berfikir-fikir... Macam mana ye???

huhu...
 tak tau la...

Friday, December 16, 2011

mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...

mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...: Thanks Mr Google Alkisah - Share from FB: Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pak...

Thursday, December 15, 2011

Rm1000 tiba-tiba ada dalam akaun ? huhu.. heran

salam...


hari ni saya mood tertanya-tanya.. emm... baru tadi check akaun bank tuuuuttt.. tiba-tiba macam amount akaun bank tu pelik sikit...

Saya ingat-ingat amount dalam bank tu tinggal ciput lagi RM tuuuuuut tapi kenapa ada Rm1000 tu? Mungkin gaji sdh masuk kan..
Rasanya memang duit gaji la tu.. tapi kan dalam jadual pembayaran gaji dalam 19.12.2011 baru masuk gaji disember kan...
Emm tapi yang muskilnya.. kenapa amount bank tu + amaunt gaji bersih gaji = sama... huhu.. memang gaji la kan.. 

Akhirnya... aku tau rupanya " en.abi bank in kat akaun sebagai saving "
haha.. ingat duit jatuh masuk akaun saya...

Wednesday, December 14, 2011

Vitamin E tingkatkan Risiko Strok ??!! Betulkah??!!

salam..

hai semua.. hari ni saya nak kongsi satu info yang saya baru baca dari majalah  iSIHAT keluaran januari 2011.
majalah ni sebenarnya sdh lama tapi selama ni tidak perasan pula semalam baca balik baru perasan pasal kaitan vitamin E dan strok..


Laporan kajian yang dimuat dalam British Medical Journal mengatakan pengambilan suplemen vitamin E boleh meningkatkan risiko serangan strok. Para penyelidik dari Perancis , Jerman dan Amerika Syarikat menganalisis 9 penelitian yang melibatkan 119,000 orang dan menemui bagi setiap 1250 orang terdapat risiko terkena strok atau pendarahan di otak yang disebut haemorrhagic stroke. Tapi belum diketahui pada paras berapa vitamin E boleh menjadi bahaya.


Haemorrhagic stroke merupakan salah satu jenis strok yang banyak terjadi. Biasanya serangan ini terjadi jika pembuluh darah yang menyalurkan darah ke otak pecah menyebabkan otak tidak mendapat cukup oksigen. Pakar perubatan mendapati vitamin E meningkatkan kadar strok sebanyak 22%. 
Tapi berita baiknya vitamin E juga sebenarnya mengurangkan risiko strok iskemik hingga 10%. Strok iskemik terjadi apabila berlaku sumbatan pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke otak.

Tuesday, December 13, 2011

Spring Waltz

salam..

mood happy sbb terbawa-bawa mood happy ending dari Drama korea Spring Waltz.. Best sgt..
Jom tengok gambar-gambar para pelakon

Dari kiri : Hero ( Lee Soo Ho @ Yoon Jea Ha ) ,  antagonis I ( Song Ina ), Heroin Park Eun Young @ Suh Eun Young dan antagonis II ( Philip )

Hero & Heroin

dan Hero & Heroin lagi.. * _^

Walaupun banyak rintangan dan berpisah 15 tahun ( cheewah.. manada drama cinta x ada halangan kan ) hero dan heroin akhirnya bersama juga..
yang paling saya suka... drama korea ni happy ending.. haha tau la drama korea ni selalunya x la happy ending..

Sapa-sapa yang belum tengok sila-sila la tengok memang best sbb mula dengan bab sedih.. bab geram.. bab suka.. bab sedih semula last2 happpy....

Sunday, December 11, 2011

Review : Testimoni bergambar = kulit muka saya dari bermasalah hingga tidak lagi.. mood : happy

salam...

hari ni hati terpanggil nak buat entri review pasal ubat jerawat. Ilham ( che-che.. ilham kee? ) ni muncul selepas saya buka folder picture di laptop ni.. Around 2009, 2010 sampailah sekarang..

Sebenarnya saya salah sorg penghidap ( wahh.. ayat hiperbola sungguh ) masalah jerawat yang teruk di muka..
kalau orang tgk muka saya mesti dlm hati org tu.. makk aiii.. banyaknya ternak jerawat. tak susah ke nak pelihara...
Nak tau kenapa saya tau dlm hati org keliling saya ckp mcm tu.. sbb bila org tgk saya trus 'stuck' kejap mereka sbb asyik tgk kulit muka yg agak keanehan..
huhu.. buktinya..


27.11.2009
muka masih nampak segar lagi jerawat tu walaupun dah tampal banyak2 dgn foundation ,bedak etc
time ni jerawat teruk gila. 

3.4.2010
kalau tgk betul2 jerawat kat muka masih ble nampak berketul2 kan.. betul2 mcm jalan x ada tar..
T __ T
29.4.2010
nampak jelas kesan jerawat pada seluruh muka.. kehitam-hitaman.. 
malunya...
21.6.2010
masih dengan muka berjerawat.. yang semakin teruk..
29.7.2010
dalam sejarah hidup ... muka paling teruk...
masa ni hidup dah tak tentu arah.. sana sini org tanya.. Eeee.. napa muka mcm ni? dulu x la teruk mcm ni..
kulit yg kehitaman krn pigmentasi juga bertambah..
alahai....
dan saya mula search pada internet terbaca satu entri kat blog yg saya sdh tak tahu sapa boy tu.. dia buat review ubat jerawat : nama produk DALACIN-T
saya mula bergegas search sana sini picture benda ni...
jeng.. jeng.. jeng.. ni la dia benda tu
benda kecik yang menjadi asbab kulit saya kembali normal..
saya mula guna benda ni dlm bulan ogos 2010..
biasanya org ble guna 1 botol ni utk 3 bulan tetapi krn taksub sangat nak baik cepat saya ble habis dlm sebulan saja..
Dalacin T NI berbentuk cecair yang kita terus sapu ke muka sebabnya botol Dalacin T ni special sikit trus disediakan span yang hanya tinggal sapu ke muka..
Harga plak? kalau di keningau tempat saya tinggal ni.. harga sangat mahal = RM59.00
padahal bulan julai hari tu saya ada beli di KL baru RM37.00
harga sangat berbeza.. farmasi keningau ni memang cekik darah.. 

okey.. selepas SEBULAN guna.. tengok resultnya..

13.9.2010
muka ni memang x ada foundation hanya bedak padat saja..
( huhu nampak sangat kulit x sekata. time ni belum fikir pasal prodak lain yg penting jerawat ok saja )
yang penting jerawat dah mula okey..

dalam sebulan dua guna DALACIN-T tu saya mula cari produk whitening skin pula.
saya pilih... TIA AMELIA PRODAK..

ni krim malam saja.. masa ni saya guna sunblock pun dari Tia Amelia juga..

selepas 4 BULAN KEMUDIAN....

16.12.2010
Syukur alhamdulillah... muka sdh semakin pulih
^ _ *

31.12.2010
muka tanpa secalit bedak pun... & no edit ( hehe )

16.3.2011
26.7.2011
saya meneruskan guna Dalacin-T sekali sehari , Sunblock dari Tia Amelia , Krim malam dari Tia Amelia

Dan pada 8.11.2011 saya telah mencuba satu prodak dari kawan blogger ni..
try terjah kat sini

saya guna prodak..
Chahaya Beauty Aura skincare
pekej = sabun, sunblock & toner
krim malam pula saya masih guna Tia Amelia

dan hasilnya 

4.12.2011
7.12.2011

kulit jadi lebih halus, putih, sekata dan kesan jerawat 100% hilang

Moral dari cerita : Syukur alhamdulillah sbb Allah berikan saya penawarnya.. Ubat hanya asbab tapi kita perlu berusaha untuk memperolehnya.. Kepada yg ada masalah jerawat jangan malu, jangan segan cubalah Dalacin-T yang boleh dibeli di farmasi... Kepada yang nak cari-cari whitening skincare cubalah Prodak ipar duai Lynna shaari dan boleh order di blog beliau.. http://kisahlynna.blogspot.com/p/blog-page.html
dan kalau sapa2 tak tahu dimana nak beli Dalacin-T boleh juga saya tolong beli dan pos kat korang.. Saya happy bila kita sama-sama berkulit sihat tanpa jerawat..
Dan jangan lupa krim malam best Tia Amelia..

^ ____ ^

sapa nak tau... KULIT MUKA YANG SIHAT AKAN MENAMBAH KEYAKINAN KITA BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG... sebabnya dulu saya sangat malu bila berhadapan dengan orang sekeliling.. huhu..




Friday, December 9, 2011

aku kee surprise.. dorang yang TER-surprise

picture dr uncle Google..
( telur )

kisah "Ketawa penawar duka" sumber : suria permata edisi 69
tajuk : Telur Rebus
( telah diringkaskan oleh penaip blog hehe..   ^___* )

Aku baru berkahwin setahun lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sbb belum dikurniakan anak. Aku ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat  makan telur rebus tetapi selepas berkahwin aku dah lama tak makan telur rebus sbb isteri aku selalu masak sedap-sedap.

Satu hari dalam perjalanan balik dr keja kereta aku rosak. Aku pun telefon isteri bagtau yg akau kena menapak dulu. Kerana lapar aku pun makan la di satu gerai. Di gerai tu adalah telur rebus. Aku pun makanlah nasi dengan telur rebus dan selepas tu aku order lagi telur rebus untuk diratah. Sebelum balik aku order lagi 10 biji telur rebus untuk di makan dlm perjalanan nanti. 

Apabila sampai dirumah sebelum masuk rumah isteri aku dah ckp ada "surprise" untuk aku. Dia pun ikat mata aku dengan kain hitam dan bagi aku duduk di meja makan. Kerana perut yang dah sangatlah kenyang, perut aku mula memulas. Aku rasa nak pergi tandas tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteri aku. Aku pun tahan ler..

Tiba-tiba telefon berbunyi isteriku pun mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku kentut yang sudah lama ku tahan. Fuhhh lega rasanya. Bau boleh tahan. Maklumkan berapa biji telur yang aku bedal tadi. Alamak ada satu lagi lah.. aku pun angkat sebelah punggungku dan lepaskan satu das lagi.. PROOOOTT.... fuh bau jangan cakap beb...

Tiba2 aku dengar bunyi telefon berdering lagi.. hai lamanya isteri aku ni..
Aku rasa ada lagi lah.. tapi kali ni memang power. aku angkat punggung dan tonggeng sikit PROOOOOTT..
fuh lega.. bergegar sikit meja makan dibuatnya.
Lepas 5 minit baru isteri aku datang.. dia minta maaf sebab lambat lalu kata HAPPY BIRTHDAY.. dan suruh aku buka penutup mata.. laa.. aku lupa birthday aku hari ni..

Aku bukalah kain penutup mata.. ALAMAK terlopong aku.. benda pertama aku lihat.. muka merah padam  pak mentua aku, mak mentua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah pun ada sama.. Jadi aku nak cover malu, aku tanyalah kat pak mentua dah lama pak sampai ? Dan pak mentua aku pun jawab.. ' Dah lama sebelum kentut pertama lagi!!.. 

T _____^

khakhhakakhakaahha


jom ramai-ramai ketawa.... hahaha...

Ketawa penawar duka...

Thursday, December 8, 2011

Review : Blog yang awesome


salam & selamat pagi semua..

pagi2 hari ni saya ada blogwalking ke satu blog yg sangat awesome.. 
nama blog ni Kasihredha
blog ni saya suka sangat sbb yg paling-paling saya suka ialah...
pasal vocation kak kasih redha ni.. eee jeles la tgk kak kasihredha ni p jalan2 luar negara..
contoh negara yg kak kasih dah jejak kaki... China, Korea, Jepun , Turki, Bahrain , Indonesia , Vietnam dan banyak lagi..

Sapa2 ada blogwalking pastikan singgah ke blog kak kasihredha ni.. best sure jeles & terpegun tgk gambar2 luar negara yg ada dlm simpanan kaka kasih redha ni..

( uppss.. saya belum minta kebenaran lagi buat review blog kak kasihredha ni.. Minta maaf kak kasih )
tapi rasanya blog ni saya best tu la yg nak kwn2 blogger lain pun terjah blog kak kasih  *_^

Wednesday, December 7, 2011

entri senyap..



bertema biru hari ni..
 * ___^

Info dari seluruh dunia..

salam semua.. 

semalam saya ada kluar pegi kedai.. adalah nampak satu mini majalah ni.. rasanya tak pernah saya nampak lagi mini majalah ni.. Majalah Suria Permata.. ( ke saya saja yang ketinggalan tahu pasal mini majalah ni..)
Bila saya tgk muka depan, mcm best juga majalah ni.. ada info dari seluruh dunia.. seperti motto majalah ni lah. 

 okey nanti apa-apa cerita yang best saya kongsi kat sini ye..
babai semua ( asyik2 review buku, smlm pun review buku juga tapi tak ada juga habis bacanya kan.. ) hehe..  
T _ T

Monday, December 5, 2011

Suara yang membantu wanita mengenali siapa lelaki sebenarnya

Review Book : ACT LIKE A Lady, THINK LIKE A Man

Buku ni saya baru nak baca sebenarnya. Dari sinopsis tu rasa best plak buku ni sbb penulis memberikan tips mengenai hubungan lelaki & perempuan tambahan pula penulis mengharapkan buku ini dpt menjadi suara yg membantu wanita mengenali siapa lelaki sebenarnya.

buku ni ditulis oleh Steve Harvey tetapi telah diterjemahkan ke bahasa melayu.
jadi jom kita baca..

Friday, December 2, 2011

Keunikan di Kota Bandung Part 1

         assalamualaikum semua.. Entri ini, entri lama sdh dlm draf tp baru mlm ni dpt sambung n publish. Saya nak cerita pasal bandung.. bila ckp pasal bandung saya mmg akan rasa rindu sgt ngan Bandung.. Bandung mmg tpt yg best.. mgkn ramai yg suka bandung krn title " syurga membeli belahnya" tp saya amat tertarik dgn struktur geografinya.. penduduknya, muka buminya dan segala mcm. Tempat paling saya tertarik di daerah Ciwidey.. Ciwidey merupakan kawasan pergunungan yg menuju ke kawah Putih. Tpt ni mmg cantik.. dgn suasana pergunungannya, perumahan di lereng bukit, tanaman sayur2an yg segar, buah strawberry yg segar, suasana aman, udara segar dan paling best cuaca yg sejuk.. ( dingin kata org sana ).
     Jadi mlm ni saya nak tunjukkan antara keunikan di sekitar Kota Bandung yg sempat saya snap masa ke sana bulan julai lalu.

" Tambal Ban Motor, Mobil Tubeless" yang saya tandakan tu adalah tpt nak tampal tube tayar motorsikal @ kereta.Di kota Bandung ni mmg terlalu banyak pengguna motosikal.. menurut pak suroso @ supir kami krn Deposit utk membeli motosikal sgt la murah tp bayaran bulanannya agak mahal. maka sbb tu kebanyakan penduduk menggunakan motorsikal. Bagi saya mgkn juga krn kesesakan lalulintas. Dgn itu, boleh dikatakan di tiap2 tepi jalan mesti ada tpt nak tampal tayar malahan ada terjual di tepi2 jalan minyak petrol ( Bensin kata org sana ) di dalam botol mineral ( org sana kata mineral = AQUA sbb brand air mineral tu Aqua )

Benda yang saya tanda tu.. Tong Gas.. Tong gas ni kecil sangat, kira2 sebesar bola sepak tu saja. Menurut kata supir kami masa mula-mula tong gas ni dikeluarkan republik mereka beri kepada setiap kepala keluarga (ketua keluarga) secara percuma sebabnya republik mereka agak kasihan kepada rakyatnya yang masih ramai yang tidak mampu mengunakan gas dan hanya menggunakan kayu api.. ( @ _ - )

Disini juga pengangkutan kereta kuda masih lagi digunakan.. Rasa unik kan. mungkin di tempat kita beca pun agak payah nak jumpa hanya di tempat pelancongan ( melaka ) tapi di sana kereta kuda memang pengangkutan asas bagi mereka.

Ini kawasan Jalan Cibaduyut.. hehe nama tempat pun rasa agak lucu kan. Kawasan ni memang tempat nak cari kasut, selipar dan beg kulit.. Comel juga replika kasut besar ni kan.. Replika kasut ni di Jalanraya menuju ke Jln Cibaduyut tu


Kedai ni jual macam jenis jajan di sana.. Ada juga yang pelik. contohnya Ubi kayu kering rasa tapai (awet) dan keropok kulit lembu ( betul siap nampak bulu-bulu lembu lagi sikit-sikit )

ni pula kedai bergerak yang menjual makanan segera theme sosej.. tapi nama bas unik sikit
" Rumah sosis "
saya x ada plak beli.. mmg nak rasa tp saya takut tekak tak sesuai.. hehe

Thursday, December 1, 2011

mood "RINDU"


rindu dgn encik Abi..
encik abi sdh 8 hari x duduk d rumah sbb mak encik abi meninggal ( innallillah wa innallilla hi rojiun ) jadi encik abi tidur di kampung..
sekali sekala saya pun tidur di kampung tapi memandangkan kena jaga bapa saya yang sakit di rumah jadi x ble la selalu.. nanti kesian dgn bapa saya plak..


rindu dengan encik abang juga.. abang kecik.. hehe.. dia yg minta kena panggil abang..
abang ni pengikut setia abi.. huhu tak berlepas. abang pun sdh 8 hari tak duduk rumah.. :(

Beauty review.. Krim malam yang best Part II

 
jeng jeng jeng

ni la krim malam yang saya guna Tia Amelia.. mmg best result. saya guna 2 jenis krim saja krim pemutih dan krim kunyit. Bila di gabungkan penggunaan dgn cahaya whitening skincare result mmg bertambah superb...

Cuba la try.. tak rugi. Harga bagi Tia Amelia ni dalam Rm30 satu krim.. tp berbaloi sbb tahan dalam 3 bulan juga utk 15gram ni..

Thursday, November 24, 2011

Berbaloikah Fujifilm Instax mini 7s..

salam semua..
   arrhhhh tiba-tiba jantung saya terjatuh cinta dengan camera ni.. emm... mcm mana ni? Berbaloikah? Harga dlm rm250- rm300 macam tu tapi dengar2 film pula yang mahal.. Kalau setakat nak gambar benda tak berfaedah tu payahla kan.. Tapi masalahnya saya ni tak cantik, tak fotogenik plak tu.. kena juga snap berratus-ratus kali baru rasa selesa mata nak tengok gambar saya. Ni karang klu guna kamera ni? Amacamla gaya nya kan...

Dan alasan paling kukuh saya dah ada camera pink satu ni

kalau dgn kamera ni snap la sampai penuh memory nanti lps tgk satu2 bole delete mana-mana yang muka sewel kan.. emm mcm mana aa? tapi hati dah jatuh chenta dgn kamera atas nun...( sbb dpt menambah koleksi pink colour saya.. )

Take time fikir2 dulu la..
korang rasa berbaloi tak? sesuai ke dgn saya?

Monday, November 21, 2011

Hoooreeeyyyyyyyyyyyy Harimau Malaya.. go Malaysia

Beauty review.. Krim malam yang best

 time nak tunjuk gambar Blurr.. hehe..

Krim malam apa korang guna? saya guna krim malam yang sangat-sangat best result-nya.. hehe.. nak tau apa? malam ni saya dah nak stop publish dulu.. Nantikan entri " Beauty Review :Krim malam yang best " dari liyana ye..

Selamat malam semua..

chahaya beauty aura skincare

hai.. malam ni korang semua tengah sibuk tengok perlawanan bola antara Indonesia vs Malaysia saya pula sibuk taip entri. hehe.. entri ni lama dah saya nak masukkan tapi lupa saja nak snap gambar.. nanti kalau entri tak bergambar tidak menarik plak.. macam tak berseri-seri macam muka saya sekarang yang tengah berseri penangan skincare ni..

         Okey masuk skincare ni.. saya baru saja guna skincare ni.. kalau tak silap mula 8 november 2011 tu.. sekarang sudah rasa kesannya.  Memang sangat-sangat bagus.. best.. dan sangat-sangat berbaloi-baloi. Nak tau tak saya beli kat mana? saya beli onlineshop dengan kawan blogger Lina Shaari A walk to Remember
http://kisahlynna.blogspot.com

 Nak tau.. skincare ni memang sangat-sangat berkesan dan bagus.. saya bagi markah 10/10.. hehe.. sapa-sapa berminat jom lah buka blog tu.. best tau result skin kita.. Skincare ni melakukan langkah pengelupasan secara lembut ( sangat lembut walaupun kulit tengah terkupas kawan-kawan pun tak perasan ). Krim siang bertindak sebagai sun block.
 
Toner CB
Krim siang / Sun block


Skincare ni ada 3. Toner, krim siang ( sunblock ) dan sabun.. tapi kat atas tu tak ada gambar sabun sebab saya sudah potong kecil-kecil sebagai langkah penjimatan.. :) thumb up untuk skincare n.. terima kasih kepada Lina Shaari sebab berkongsi.. Sayang member blog kita yang gojes ni..