Monday, December 27, 2010

Allah mengahwinkan Saad dengan bidadari yang lebih cantik daripada anak gadisnya."

Adakah saya terhalang daripada masuk syurga hanya kerana kulit saya gelap dan berwajah buruk?" tanya seorang lelaki berkulit hitam dan berwajah buruk kepada Nabi Muhammad.
           Nabi Muhammad memandang ke arah lelaki itu. Sudah tentu beliau mengenalinya. Dia adalah Saad as-Sulami daripada puak Bani Sulaim. Dia tidak mempunyai rupa paras yang cantik dan tidak berharta. Namun, bukan itu ukuran di sisi Allah.
                "Tidak. Demi Allah, selagi saudara yakin kepada Allah dan percaya kepada ajaran yang disampaikan oleh saya sebagai utusan Allah," Nabi Muhammad menenangkannya.
     "Demi Allah, saya memuliakan tuan sebagai utusan Allah dan saya percaya kepada setiap kalimah syahadah yang saya lafazkan iaitu tidak ada tuhan melainkan Allah yang layak disembah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," Saad berkata dgn jelas.
                "Lapan bulan yang lalu saya meminang seorang wanita yang pasti tuan mengenalinya. Pinangan saya ditolak dengan alasan saya berkulit hitam dan berwajah buruk. Sedangkan saya berasal daripada keturunan yang baik daripada suku Bani Sulaim."
    Nabi Muhammad memandang sekeliling dan bertanya, "Adakah Ammar bin Wahab dari suku Bani Saqif di sini?"
                Buat seketika, orang yang hadir di masjid itu saling bertanya sesama sendiri. Kemudian, salah seorang daripada mereka menjawab, "Dia tidak ada di sini."
  Nabi Muhammad menoleh kembali ke arah Saad dan bertanya , "Adakah saudara tahu di mana rumahnya?"

Saad mengangguk dan menjawab, "Ya. Satu tahu."

    "Saudara pergilah ke rumahnya dan katakan kepadanya, Nabi Muhammad mengahwinkan saudara dengan anak gadisnya yang bernama Atikah."

Wajah Saad kemudian berseri-seri. Segera dia melangkah ke rumah Ammar bin Wahab.
   Setibanya di hadapan rumah Ammar, Saad mengucapkan salam dan memperkenalkan dirinya. Dia kemudian menyampaikan pesanan Nabi Muhammad. Mendengar perkhabaran tu, wajah Ammar tiba-tiba sahaja berubah. Dia keliru dan binggung.
"Benarkah Nabi Muhammad mengahwinkan Atikah dengan saudara?" tanya Ammar dengan kuat krn masih terkejut.
    Nada suara yang keluar dari mulut Ammar itu membuatkan Saad berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk beredar sebaik sahaja Ammar masuk semula ke dalam rumah tanpa menjemputnya masuk.
            Anak gadis Ammar bukan sahaja cantik rupa parasnya, malah cerdik. Dia mendengar segala-gala yang dikatakan oleh Saad kepada ayahnya. Sebaik sahaja melihat ayahnya masuk semula ke dalam rumah, dia segera mendekati ayahnya. 
    "Adakah ayah menolak  pinangan dari Nabi Muhammad? Buatlah sesuatu sebelum mendapat kemarahan Allah. Jika benar Nabi Muhammad mengahwinkan saya dengan Saad,saya rela. Saya rela apa-apa yang ditetapkan oleh Allah dan utusannya untuk saya."
  Ammar terdiam mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia bingkas bangun lalu menjenguk ke halaman. Tetapi Saad tiada lagi di situ. Ammar segera berkejar mendapatkan Nabi Muhammad. Sampai sahaja, dia berkata kepada Nabi Muhammad, "Saya perlu memberi penjelasan."
 "Saudara menolak pinangan saya?" tanya Nabi Muhammad sebaik sahaja Ammar mendekatinya.

      "Maafkan saya kerana menolak pinangan tuan. Saya menyangka Saad hanya berbohong." jawab Ammar. "Sesudah mengetahui kebenarannya, saya rela mengahwinkan anak gadis saya dengan Saad."
     Kemudian, majlis akad nikah dilangsungkan ant Saad as-Sulami dengan Atikah binti Ammar. Sebaik sahaja Ammar meninggalkan mereka, Saad mendekati Nabi Muhammad dan berbisik, "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibawa kepada isteri saya."
         "Pergilah kepada Usman bin Affan dan terimalah sejumlah wang yang diberinya. Kemudian pergi kepada Abdul Rahman bin Auf dan Ali bagi menerima sebahagiannya lagi," Nabi Muhammad
   Berulang kali Saad melafazkan kalimah syukur yang tidak terhingga atas anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya. Kemudian, Saad berjalan pantas menghala ke pasar. Di pinggangnya, terselit kantung yang berisi wang yang baru sahaja di terimanya.
      Sewaktu berlegar-legar di pasar mencari barang-barang keperluan isterinya, dia terdengar panggilan ke medan perang. "Marilah keluar ke medan perang! Marlah menegakkan agama Allah!" Panggilan perang itu benar-benar membuatkan Saad terpaku di lorong pasar.

"Rebutlah peluang ini bagi mendapat syurga Allah!"

"Ya Allah, Tuhan yg menciptakan langit dan bumi. Saya mengunakan wang ini bagi tujuan yang lebih mulia, yang lebih disukai olehmu dan pesuruhmu."
   Kantung wang dirungkai drp ikatan pinggangnya. Dia menggenggam kuat-kuat dan melangkah ke arah sekumpulan kuda yang dikurung. "Saya mahu membeli seekor kuda yang pantas berlari,"jeritnya.
Kemudian dia membeli sebilah pedang, sebatang lembing, sebuah perisai dan sebuah topi petani yang agak besar drp saiz kepalanya sehingga menutupi dahi. Dia tersenyum.

Saad melompat lalu memacu kuda menghala ke arah orang ramai yg berkumpul. Itu adalah kumpulan tentera -tentera Islam yg bersedia utk bertolak ke medan perang.

 "Siapakah itu?" tanya salah seorang yg berada dlm kumpulan itu.

"Biarkanlah. Mungkin dia dari negeri syam. Dtg ke mari bagi mendalami ajaran Islam," kata Ali tanpa mengenali itu Saad. "Lalu ingin bersama keluar berperang mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan saudara."

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

     Laungan kalimah membesarkan Allah bergema, bersahut-sahutan. Tiba di medan perang, pedang dihunus dan perisai diselit di lengan. Kuda dipacu laju menerpa musuh umpama singa lapar. Tentera Islam dgn gagah dan bertenaga menghayun pedang membunuh musuh.
   Akhirnya, Saad melompat turun dari belakang kudanya. Dia menyingsing lengan bajunya dan membetulkan genggaman pedang di tangannya. Dia terus mara sehingga menghampiri Nabi Muhammad. "Adakah saudara ini Saad as-Sulami?" tanya Nabi Muhammad sebaik sahaja terpandang lengan Saad yang hitam legam itu.Sukar hendak megecam wajahnya krn topinya yg besar sehingga menutupi sebahagian dahinya.

"Ya. Saya Saad as-Sulami!" jawab Saad penuh bertenaga.

Nabi Muhammad tersenyum lalu berkata lagi."Saudara sungguh beruntung."
  Sekejap sahaja mereka bertegur. Kemudian, mrk terus berjuang menentang musuh Allah habis-habisan sehingga kemenangan memihak kpd tentera Islam. Tentera-tentera yg terkorban dan cedera dibawa ke satu tempat. Mereka yg cedera dirawat manakala yg terkorban syahid dicatatkan nama-nama mereka.
            Nabi Muhammad mencari Saad as-Sulami. Beliau terus mencari ant para tentera yg cedera dan terkorban. Kemudian, beliau terpandang sekujur tubuh hitam yg terkulai di samping pedang dan tombak. Topi petani yg menutupi kepalanya terbang dibawa angin. Wajahnya penuh bersalut debu.

"Oh, alangkah harum bau saudara! Alangkah kasihnya Allah dan pesuruhnyakpd saudara!" Muhammad menangis sambil membersihkan debu tanahyg melekat pd wajah Saad. Kemudian beliau ketawa. Sebentar kemudian Nabi Muhammad memalingkan wajahnya dan berkata, Saad kini berada di sebuah telaga saya."

   "Telaga apakah yg dimaksudkan itu?" tanya Abu Lubabah, salah seorang tentera yg turut berperang.
     Telaga itu dikurniakan oleh Allah kpd saya. Lebarnya dari Yaman hingga ke Bursa. Tepinya dihias pertama dan mutiara. Airnya lebih putih dr susu dan rasanya lbh manis dr madu. Sesiapa yg meminumnya tidak haus selama-lamanya.
  Abu Lubabah bertanya lagi. "Mengapakah tuan menangis dan ketawa kemudian memalingkan muka?"

   "Saya menangis krn rindu kpd Saad dan saya ketawa krn gembira melihat Saad dimuliakan oleh Allah dan saya berpaling muka krn malu melihat isteri-isterinya drp kalangan bidadari berebut-rebut mendekati sehingga terselak dan menampakkan betis mereka."
     Abu Lubabah dan tentera-tentera lain mengangguk perlahan-lahan sambil memerhatikan Saad yg umpama lena di pangkuan Nabi Muhammad.

          Nabi Muhammad menoleh kpd Abu Lubabah, "Kumpulkan pedang, tombak dan kuda Saad. Serahkan kpd keluarga isterinya. Katakan kpd mrk, Allah mengahwinkan Saad dgn bidadari yg lbh cantik daripada anak gadisnya."

No comments:

Post a Comment