Tuesday, January 4, 2011

kepada semua follower, pembaca n semua yg ada dpn laman blogspot saya. terima kasih atas semua sokongan n bantuan anta/anti, klu x tentu jd spt rumah mayat yg sunyi jak blog saya ni. so far.. saya hepi sbb sdh mencapai angka 8++ pengunjung n sgt berharap pengunjung sempat membaca ilmu2 Allah yg sama2 kita kongsikan.
 blog ini bermula sekadar suka2 ( all about me ) namun sedikit demi sedikit ingin ku mengubah menjadi ruangan kongsian ilmu2 Allah " Fi MaRdHaTi yA Allah ".
       Namun org yg byk membantu n menyedarkan saya selama ni tentulah suami saya (Abi).. yg x jemu menegur, membantu, mengajar n membetulkan kepincangan aqidah n akhlak saya. aku hanya menyeru padaMu ya Allah agar Engkau mengampuni dosa2 hambaMu ini.. ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini banyak melakukan dosa terhadapMu ya Allah. hanya pintu taubat MU yg aku harapkan agar aku mendapat keampunanMu ya Allah. Amin.

Allah memerintahkan untuk bertaubat. Allah mengulang perintah tersebut 87 kali. Allah juga memerintahkan Rasulullah untuk bertaubat. Allah berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS. 24:31). Dalam ayat yang lain Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. 66: 8 ).

Rasulullah bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari 100 kali” (HR. Muslim).

Sungguh tinggi nabi Muhammad jika ingin dibandingkan dgn saya.. namun nabi masih terus bertaubat hingga 100x sehari.. kenapa tidak aku sepatutnya 2, atau 3 x lebih dr nabi krn aku lebih lagi melakukan dosa. Ya Allah Ampunkan dosa hambaMu ini.

di tahun 2011 masihi ini.. aku turut menanam azam baru.. walaupun azam Tahun Hijrah ku mungkin masih belum terlalu sempurna aku jalankan namun aku musahabahkan diri agar mengekalkan n ubah sedikit demi sedikit agar lama2 menjadi kebiasaan n menghakis sifat2 mazmumah ku.

Apakah azam 2011 masihi ku?

   aku ingin melakukan melakukan 2 perkara dgn istiqamah setiap hari iaitu :

                a. ) solat taubat
                b. ) solat sunat qalbliah & bakhdiah
               
  aku juga ingin melakukan 3 perkara dlm seminggu sekali sc istiqamah iaitu:

               a. ) puasa sunat
               b. ) sujud syukur
               c. ) solat tahajjud
  InsyAllah..

aku amat berharap azam2 ku ini berjaya aku lakukan..
krn menyedari pentingnya Tiang Agama iaitu solah aku menerapkan byk solah dlm azam baru aku ini selaras dgn firman Allah :  Aqimu solah yang bermaksud Dirikan sembahyang.. yang merupakan ayat perintah dr Allah. aku juga sering memadankan firman Allah ini dgn sabda Nabi Muhammad s.a.w : solah kama ro'ai tumuni usolli yang bermaksud sembahyanglah kamu macam mana kamu melihat saya sembahyang.

mudah2an solah2 ku diterima Allah.. segala yg aku lakukan hanyalah "FI MARDHATI YA ALLAH". AMIN


No comments:

Post a Comment