Thursday, January 6, 2011

"Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya."

  "Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya." merupakan petikan ayat yg saya baca dr buku " Aisyah ummul mukminin (Keanggunan Sejati) " ditulis oleh Sulaiman An-Nadawi keluaran PTS Millennia.
     kisahnya yg amat berguna saya kira utk dijadikan kongsiaan bersama sbg renungan.

   Pada suatu hari, ada seorang lelakidatang dan meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad. Beliau meminta para sahabat mempersilakannya masuk. Beliau berkata, "Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya."

          Semasa lelaki itu sampai dan duduk di hadapan Nabi Muhammad, beliau melayan tetamu itu dengan ramah sekali. Aisyah berasa hairan melihat Nabi Muhammad. Selepas tetamu itu pulang, Aisyah bertanya, "Wahai suamiku, tuan mengatakan apa yang tuan sebut tadi. Mengapa tuan begitu ramah padanya"

Nabi Muhammad menjawab, "Wahai Aisyah, manusia yang paling hina adalah yang ditinggalkan oleh orang kerana mereka takut pada ucapannya yang buruk." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim,Tirmizi dan Abu Dawud.

No comments:

Post a Comment