Friday, December 2, 2011

Keunikan di Kota Bandung Part 1

         assalamualaikum semua.. Entri ini, entri lama sdh dlm draf tp baru mlm ni dpt sambung n publish. Saya nak cerita pasal bandung.. bila ckp pasal bandung saya mmg akan rasa rindu sgt ngan Bandung.. Bandung mmg tpt yg best.. mgkn ramai yg suka bandung krn title " syurga membeli belahnya" tp saya amat tertarik dgn struktur geografinya.. penduduknya, muka buminya dan segala mcm. Tempat paling saya tertarik di daerah Ciwidey.. Ciwidey merupakan kawasan pergunungan yg menuju ke kawah Putih. Tpt ni mmg cantik.. dgn suasana pergunungannya, perumahan di lereng bukit, tanaman sayur2an yg segar, buah strawberry yg segar, suasana aman, udara segar dan paling best cuaca yg sejuk.. ( dingin kata org sana ).
     Jadi mlm ni saya nak tunjukkan antara keunikan di sekitar Kota Bandung yg sempat saya snap masa ke sana bulan julai lalu.

" Tambal Ban Motor, Mobil Tubeless" yang saya tandakan tu adalah tpt nak tampal tube tayar motorsikal @ kereta.Di kota Bandung ni mmg terlalu banyak pengguna motosikal.. menurut pak suroso @ supir kami krn Deposit utk membeli motosikal sgt la murah tp bayaran bulanannya agak mahal. maka sbb tu kebanyakan penduduk menggunakan motorsikal. Bagi saya mgkn juga krn kesesakan lalulintas. Dgn itu, boleh dikatakan di tiap2 tepi jalan mesti ada tpt nak tampal tayar malahan ada terjual di tepi2 jalan minyak petrol ( Bensin kata org sana ) di dalam botol mineral ( org sana kata mineral = AQUA sbb brand air mineral tu Aqua )

Benda yang saya tanda tu.. Tong Gas.. Tong gas ni kecil sangat, kira2 sebesar bola sepak tu saja. Menurut kata supir kami masa mula-mula tong gas ni dikeluarkan republik mereka beri kepada setiap kepala keluarga (ketua keluarga) secara percuma sebabnya republik mereka agak kasihan kepada rakyatnya yang masih ramai yang tidak mampu mengunakan gas dan hanya menggunakan kayu api.. ( @ _ - )

Disini juga pengangkutan kereta kuda masih lagi digunakan.. Rasa unik kan. mungkin di tempat kita beca pun agak payah nak jumpa hanya di tempat pelancongan ( melaka ) tapi di sana kereta kuda memang pengangkutan asas bagi mereka.

Ini kawasan Jalan Cibaduyut.. hehe nama tempat pun rasa agak lucu kan. Kawasan ni memang tempat nak cari kasut, selipar dan beg kulit.. Comel juga replika kasut besar ni kan.. Replika kasut ni di Jalanraya menuju ke Jln Cibaduyut tu


Kedai ni jual macam jenis jajan di sana.. Ada juga yang pelik. contohnya Ubi kayu kering rasa tapai (awet) dan keropok kulit lembu ( betul siap nampak bulu-bulu lembu lagi sikit-sikit )

ni pula kedai bergerak yang menjual makanan segera theme sosej.. tapi nama bas unik sikit
" Rumah sosis "
saya x ada plak beli.. mmg nak rasa tp saya takut tekak tak sesuai.. hehe

No comments:

Post a Comment