Friday, December 9, 2011

aku kee surprise.. dorang yang TER-surprise

picture dr uncle Google..
( telur )

kisah "Ketawa penawar duka" sumber : suria permata edisi 69
tajuk : Telur Rebus
( telah diringkaskan oleh penaip blog hehe..   ^___* )

Aku baru berkahwin setahun lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sbb belum dikurniakan anak. Aku ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat  makan telur rebus tetapi selepas berkahwin aku dah lama tak makan telur rebus sbb isteri aku selalu masak sedap-sedap.

Satu hari dalam perjalanan balik dr keja kereta aku rosak. Aku pun telefon isteri bagtau yg akau kena menapak dulu. Kerana lapar aku pun makan la di satu gerai. Di gerai tu adalah telur rebus. Aku pun makanlah nasi dengan telur rebus dan selepas tu aku order lagi telur rebus untuk diratah. Sebelum balik aku order lagi 10 biji telur rebus untuk di makan dlm perjalanan nanti. 

Apabila sampai dirumah sebelum masuk rumah isteri aku dah ckp ada "surprise" untuk aku. Dia pun ikat mata aku dengan kain hitam dan bagi aku duduk di meja makan. Kerana perut yang dah sangatlah kenyang, perut aku mula memulas. Aku rasa nak pergi tandas tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteri aku. Aku pun tahan ler..

Tiba-tiba telefon berbunyi isteriku pun mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku kentut yang sudah lama ku tahan. Fuhhh lega rasanya. Bau boleh tahan. Maklumkan berapa biji telur yang aku bedal tadi. Alamak ada satu lagi lah.. aku pun angkat sebelah punggungku dan lepaskan satu das lagi.. PROOOOTT.... fuh bau jangan cakap beb...

Tiba2 aku dengar bunyi telefon berdering lagi.. hai lamanya isteri aku ni..
Aku rasa ada lagi lah.. tapi kali ni memang power. aku angkat punggung dan tonggeng sikit PROOOOOTT..
fuh lega.. bergegar sikit meja makan dibuatnya.
Lepas 5 minit baru isteri aku datang.. dia minta maaf sebab lambat lalu kata HAPPY BIRTHDAY.. dan suruh aku buka penutup mata.. laa.. aku lupa birthday aku hari ni..

Aku bukalah kain penutup mata.. ALAMAK terlopong aku.. benda pertama aku lihat.. muka merah padam  pak mentua aku, mak mentua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah pun ada sama.. Jadi aku nak cover malu, aku tanyalah kat pak mentua dah lama pak sampai ? Dan pak mentua aku pun jawab.. ' Dah lama sebelum kentut pertama lagi!!.. 

T _____^

khakhhakakhakaahha


jom ramai-ramai ketawa.... hahaha...

Ketawa penawar duka...

No comments:

Post a Comment