Monday, November 21, 2011

situasi kelam kabut di lapangan terbang gara-gara beg hilang?!

Sangat menyakitkan hati & merunsingkan kalau beg tercicir @ hilang semasa kita tgh melancong.. Huhu.. saya pernah juga mengalami.. tapi bukan sebab hilang cuma tercicir dan saya diman tunggu 3 jam lagi untuk beg saya sampai.. Memang masalah betul masa tu.. Iya la.. saya landing di kota kinabalu jam 6 petang nak balik rumah kira-kira dalam 2.30 minit lagi perjalanan.. kena pula tunggu dalam 3 jam.. Aduh sangat tension.. mana badan lagi penat sebab sudah seminggu ber-tarvel ke sana kemari.. mahu tak mahu... terpaksa menunggu..

         Jadi hari ni saya nak kongsi tips agar beg tak tercicir @ tertinggal @ hilang..

1. Gantungkan tag nama, alamat dan no hp. Tapi jangan lupa kunci.. macam saya guna kunci mangga kecil hari tu tapi kunci mangga cute warna pink..


2. Daftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, kita punya cukup masa untuk memasukkan barang ke pesawat.

3. Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul di beg kita.

4. Buang segala pelekat atau tag lama yang ada di beg kita sebab akan mengelirukan.

5. Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg kita agar memudahkan kita mengenali beg kita terutama di ruangan tuntutan bagasi.

6. Jika kapal transit maklumkan kepada pembantu penerbangan yang kita akan mengambil beg di destinasi terakhir.

7. Ambil beg sebaik tiba jangan tinggalkan beg di ruangan tuntutan bagasi sementara kita berjalan-jalan atau membuat panggilan telefon.

( sumber daripada Harian Metro )

Love you all..

No comments:

Post a Comment