Wednesday, November 9, 2011

Gedik.. ?!! cerita kegedikkannya membuat aku berfikir..


       
      Cerita ini cerita benar yg akau baca dari satu majalah lama.. bila melihat tajuknya “Perangai gedik? Aduh mualnya! Aku sdh memikirkan pasal penceritaan tentang kegedikkan seseorang yg akan diaibkan.. tapi x bermakna aku membaca krn suka membaca aib org tp aku mula berfikir apa gediknya, sampai org tu ( pencerita ) sgt beria-ia sampai ingin khabar kan ke 1 malaysia..
Tapi sangkaan ku silap.. rupanya dari pembacaan ku.. banyak point yg ingin beliau kongsi agar kita sebagai manusia sentiasa berfikir, x terus menghakimi org tanpa kenal & yg paling penting cerita ini benar2 membuka minda ku.. Baru ku sedar kdg2 aku jua berfikiran mcm pencerita yg belum kenal@ tau sdh membuat kesimpulan melulu..
Eh terlalu panjang plak intro saya..  ok masuk ke cerita sebenar..
                     macam ni ke gedik? huhu.. x tau la.. ( sekadar gambar hiasan ) ^___^
       Gedik.. perangainya yg gedik buat saya menyampah. Benar, saya benar2 menyampah melihatnya. Saya meluat, x tahan dgn tingkah lakunya mengeliat2. Cara ckpnya, kekdg perangai manjanya itu sama sekali x pernah mengusik suka dihati saya. Benar saya cukup meluat menengok. Mahu saya hambur muntah di hadapannya.
      Walaupun saya x layan dia , dia tetap mcm tu. Gedik, mmg dia x buat dosa padaku. Mmg dia x mengusik hidupku , x mengacau saya . entah mengapa mataku x suka tgk mukanya , x suka tgk perangainya. Mengapa? Saya x tahu. Byk kali kwn2 menegur cara saya melayan dia . kata mereka “ cool la brother”. Sanggah kwn2 ku.. dia mau gedik dia punya pasallah.. asalkan dia x menyusahkan hidup kita . mudahkan. Tetapi x bagi saya.
       Perempuan gedik ini, nak dikatakan cantik x la.. saya kategorikan sbg x malu lah di bawa berjalan. Mungkin krn ada lesung pipit dikedua2 pipinya membuatkan dia asyik tersengih dan ketawa besar. Agaknya ingin menayangkan lesung pipitnya. Kata org , kalau ada lesung pipit x cantik pun paling kurang manis . Entah saya x nmpk dimana manisnya dia.
      Kekadang saya rasa dia masih single sbb gaya gediknya yg buat lelaki paling muka, mual. Tetapi kata kwn2 perempuannya dia lah yg paling ada kelas, pandai bergaya, bijak, suara sedap dan minah cool, x mudah melenting. Kata mereka dia baik hati. Tetapi saya selalu rasakan cakap lembutnya itu sengaja dia buat2 dan dia bertambah perasan sbb kwn2 menganggap dia pandai bergaya. Sungguh saya x tipu.
     Satu persatu kwn2nya itu ada boyfriend, sdh bertunang dan ada yg berkahwin  dan ada juga antara perkahwinan kwn2 kami itu yg bermasalah. Kwn saya seorg ini misalnya selalu bergaduh dgn isterinya yg katanya selalu buat darahnya menyirap, x boleh bertolak ansur langsung. Katanya dia x tahan dgn perangai isterinya yg suka mengungkit.
     Saya sendiri pernah putus tunang krn sikap tunang saya yg terlalu cemburu dan makin hari makin kuat pula remote controlnya. Kahwin 3 tahun saya menduda. Bekas isteri saya x spt yg saya sangkakan. Sblm kahwin bukan main cantik bahasanya tingkah laku sentiasa dijaga. Tetapi dimana silapnya selepas setahun berkahwin manjanya hilang, kalau bercakap kasar memanjang. Suara x pernah rendah hingga kdg kala saya malu dgn emak dan adik-beradik saya.
      Berbalik pada perempuan gedik tu akhirnya merasa juga dia ada boyfriend. Lelaki itu sederhana sahaja. Tidak buruk , x la handsome. Sebenarnya saya x tau dimana cantiknya perempuan gedik itu yg membuat lelaki itu terpikat. Kata kwn2 lelaki itu sdh lama x girlfriend dan dia sdh malas hendak mencari , jadi siapa yg pandai mengurat , dapatlah. Maksudnya mgkn kebetulan saja.
       Tahun lepas si gedik itu kahwin. Kata lelaki itu mgkn sdh jodohnya. Katanya dia x juga beria-ia ingin berkahwin dgn si gedik tu dan dia x juga mendesak tp entah apa yg merasuknya 1 mlm kala keluar berdua, dlm bergurau dia mengajak si gedik itu berkahwin, ayatnya mudah, “you tak ada boyfriend, i pun tak ada girlfriend. Kita kahwin sajalah, kalau bahagia.. bahagialah kalau tidak mgkn bukan jodoh.”
     Saya pergi ke majlis perkahwinan meraka . Kenduri kendaranya sederhana sahaja. Dan baru2 ini saya terserempak dgn suaminya saya sengaja bertanya perihal rumah tangganya untuk wujudkan perbualan dan jawapannya sungguh memeranjatkan. Katanya apa yg berlaku sepanjang perkahwinannya sesuatu yg x dijangka. Pertama dia x menyangka isterinya dara. Kedua dia tidak menyangka si isteri itu punya sifat hormat yg tinggi pada suami. Katanya kalau dia tgh angin isterinya akan diam sahaja. Dia sama sekali x akan memarakkan lagi api kemarahannya. Rumahnya sentiasa bersih dijaga. Isterinya x akan tidur kalau dapur x siap dikemas. Sibuk mcm mana dia masih bertenaga utk memasak dan pandai memasak. Suaranya x pernah meninggi. Dia juga x pandai merungut, x kali leter dan tidak masam muka kalau suaminya bagi duit pada mak mentuanya.
         Mula2 ingat semua itu hanya sementara, mgkn isterinya buat2, takut perkahwinan sangkut di tengah jln tetapi lama2 tahulah dia itulah perangai isterinya. X byk karenah, x byk mulut dan seorg yg sentiasa bersyukur. Hari ini katanya dia pula yg risau kalau isterinya tiada disebelahnya sbbnya isterinya makin hari semakin cantik. Dia sdh dewasa.
         Hari in dia sdh dewasa, dewasa membawa sifat matang. Dan baru2 ini kami bertemu di sebuah majlis. Perbualan satu jam dgnnya membuat saya termalu sendiri. Perempuan gedik itu kini seorang perempuan yg ada pesona, ada gaya. Kata2 yg keluar daripada mulutnya lembut sentiasa membuatkan dia tampak manis. Baru kini saya nmpk aura pesonanya. Betul kata kwn saya bukan cinta saja buat mata kita buta, benci juga boleh menutup mata kita buta menilai.   
Moral : JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARAN

No comments:

Post a Comment