Wednesday, December 7, 2011

Info dari seluruh dunia..

salam semua.. 

semalam saya ada kluar pegi kedai.. adalah nampak satu mini majalah ni.. rasanya tak pernah saya nampak lagi mini majalah ni.. Majalah Suria Permata.. ( ke saya saja yang ketinggalan tahu pasal mini majalah ni..)
Bila saya tgk muka depan, mcm best juga majalah ni.. ada info dari seluruh dunia.. seperti motto majalah ni lah. 

 okey nanti apa-apa cerita yang best saya kongsi kat sini ye..
babai semua ( asyik2 review buku, smlm pun review buku juga tapi tak ada juga habis bacanya kan.. ) hehe..  
T _ T

Monday, December 5, 2011

Suara yang membantu wanita mengenali siapa lelaki sebenarnya

Review Book : ACT LIKE A Lady, THINK LIKE A Man

Buku ni saya baru nak baca sebenarnya. Dari sinopsis tu rasa best plak buku ni sbb penulis memberikan tips mengenai hubungan lelaki & perempuan tambahan pula penulis mengharapkan buku ini dpt menjadi suara yg membantu wanita mengenali siapa lelaki sebenarnya.

buku ni ditulis oleh Steve Harvey tetapi telah diterjemahkan ke bahasa melayu.
jadi jom kita baca..

Friday, December 2, 2011

Keunikan di Kota Bandung Part 1

         assalamualaikum semua.. Entri ini, entri lama sdh dlm draf tp baru mlm ni dpt sambung n publish. Saya nak cerita pasal bandung.. bila ckp pasal bandung saya mmg akan rasa rindu sgt ngan Bandung.. Bandung mmg tpt yg best.. mgkn ramai yg suka bandung krn title " syurga membeli belahnya" tp saya amat tertarik dgn struktur geografinya.. penduduknya, muka buminya dan segala mcm. Tempat paling saya tertarik di daerah Ciwidey.. Ciwidey merupakan kawasan pergunungan yg menuju ke kawah Putih. Tpt ni mmg cantik.. dgn suasana pergunungannya, perumahan di lereng bukit, tanaman sayur2an yg segar, buah strawberry yg segar, suasana aman, udara segar dan paling best cuaca yg sejuk.. ( dingin kata org sana ).
     Jadi mlm ni saya nak tunjukkan antara keunikan di sekitar Kota Bandung yg sempat saya snap masa ke sana bulan julai lalu.

" Tambal Ban Motor, Mobil Tubeless" yang saya tandakan tu adalah tpt nak tampal tube tayar motorsikal @ kereta.Di kota Bandung ni mmg terlalu banyak pengguna motosikal.. menurut pak suroso @ supir kami krn Deposit utk membeli motosikal sgt la murah tp bayaran bulanannya agak mahal. maka sbb tu kebanyakan penduduk menggunakan motorsikal. Bagi saya mgkn juga krn kesesakan lalulintas. Dgn itu, boleh dikatakan di tiap2 tepi jalan mesti ada tpt nak tampal tayar malahan ada terjual di tepi2 jalan minyak petrol ( Bensin kata org sana ) di dalam botol mineral ( org sana kata mineral = AQUA sbb brand air mineral tu Aqua )

Benda yang saya tanda tu.. Tong Gas.. Tong gas ni kecil sangat, kira2 sebesar bola sepak tu saja. Menurut kata supir kami masa mula-mula tong gas ni dikeluarkan republik mereka beri kepada setiap kepala keluarga (ketua keluarga) secara percuma sebabnya republik mereka agak kasihan kepada rakyatnya yang masih ramai yang tidak mampu mengunakan gas dan hanya menggunakan kayu api.. ( @ _ - )

Disini juga pengangkutan kereta kuda masih lagi digunakan.. Rasa unik kan. mungkin di tempat kita beca pun agak payah nak jumpa hanya di tempat pelancongan ( melaka ) tapi di sana kereta kuda memang pengangkutan asas bagi mereka.

Ini kawasan Jalan Cibaduyut.. hehe nama tempat pun rasa agak lucu kan. Kawasan ni memang tempat nak cari kasut, selipar dan beg kulit.. Comel juga replika kasut besar ni kan.. Replika kasut ni di Jalanraya menuju ke Jln Cibaduyut tu


Kedai ni jual macam jenis jajan di sana.. Ada juga yang pelik. contohnya Ubi kayu kering rasa tapai (awet) dan keropok kulit lembu ( betul siap nampak bulu-bulu lembu lagi sikit-sikit )

ni pula kedai bergerak yang menjual makanan segera theme sosej.. tapi nama bas unik sikit
" Rumah sosis "
saya x ada plak beli.. mmg nak rasa tp saya takut tekak tak sesuai.. hehe

Thursday, December 1, 2011

mood "RINDU"


rindu dgn encik Abi..
encik abi sdh 8 hari x duduk d rumah sbb mak encik abi meninggal ( innallillah wa innallilla hi rojiun ) jadi encik abi tidur di kampung..
sekali sekala saya pun tidur di kampung tapi memandangkan kena jaga bapa saya yang sakit di rumah jadi x ble la selalu.. nanti kesian dgn bapa saya plak..


rindu dengan encik abang juga.. abang kecik.. hehe.. dia yg minta kena panggil abang..
abang ni pengikut setia abi.. huhu tak berlepas. abang pun sdh 8 hari tak duduk rumah.. :(

Beauty review.. Krim malam yang best Part II

 
jeng jeng jeng

ni la krim malam yang saya guna Tia Amelia.. mmg best result. saya guna 2 jenis krim saja krim pemutih dan krim kunyit. Bila di gabungkan penggunaan dgn cahaya whitening skincare result mmg bertambah superb...

Cuba la try.. tak rugi. Harga bagi Tia Amelia ni dalam Rm30 satu krim.. tp berbaloi sbb tahan dalam 3 bulan juga utk 15gram ni..

Thursday, November 24, 2011

Berbaloikah Fujifilm Instax mini 7s..

salam semua..
   arrhhhh tiba-tiba jantung saya terjatuh cinta dengan camera ni.. emm... mcm mana ni? Berbaloikah? Harga dlm rm250- rm300 macam tu tapi dengar2 film pula yang mahal.. Kalau setakat nak gambar benda tak berfaedah tu payahla kan.. Tapi masalahnya saya ni tak cantik, tak fotogenik plak tu.. kena juga snap berratus-ratus kali baru rasa selesa mata nak tengok gambar saya. Ni karang klu guna kamera ni? Amacamla gaya nya kan...

Dan alasan paling kukuh saya dah ada camera pink satu ni

kalau dgn kamera ni snap la sampai penuh memory nanti lps tgk satu2 bole delete mana-mana yang muka sewel kan.. emm mcm mana aa? tapi hati dah jatuh chenta dgn kamera atas nun...( sbb dpt menambah koleksi pink colour saya.. )

Take time fikir2 dulu la..
korang rasa berbaloi tak? sesuai ke dgn saya?

Monday, November 21, 2011

Hoooreeeyyyyyyyyyyyy Harimau Malaya.. go Malaysia