jam 9.15 pagi / 01.dec.2010 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H.Rasa x sedar kita akan meninggalkan 2010 n 1431H ni. utk kalender Hijrah tggl 6 hari lagi kita akan masuk tahun baru 1 Muharam 1432H, bagi kalender Masihi tggl 30 hari lagi kita ke tahun baru 2011M.emm hari ni IPG Kampus Keningau sedang mengalu-galukan kedatangan Dato‟ (Dr.) Asariah Binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. "Selamat Datang Ke IPG Kampus Keningau"
Dato' Asariah (search dr Goole)
ok.. cerita lain plak, hari ni.. just nak kongsi pasal " HOBBY".. hah.. klu nak tau.. dari saya tau apa erti hobi, klu x silap sdh 4 jns hobi yg saya "terlibat"..
first tu.. "kumpul saputangan".. emm masa ni time zaman2 sekolah la.. mcm2 size sapu tangan, mcm2 kaler, mcm2 kartun & corak" tp last tu saya jd x aktif bila saputangan ni cpt lusuh lgpun selalu sangat hilang.. arhhh.. ni la masalahnya, time sek.. asal g sek bw sapu tangan selalu tertinggal mana2 jd = hilang la.. oOOo fed up la.
second.. saya berminat ngan " kumpul setem".. :) hepi sgt bila dpt susun2 setem saya d album.. sebenarnya dulu pernah dgr org kata "hobi = kumpul setem" saya heran sgt.. apa la ada ngan setem tu.. benda kecik2,bercorak2 n mcm x nilai tp bila tiba2 tu secara x sengaja kwn nak buang setem2 dia.. alasannya sbb dia x suka kumpul setem yg bercorak sama, dia nak 1 setem hnya ada 1 dlm koleksinya..jd sc x langsung saya pun mula minat. emm.. setem tu mc saya minat sampai skrg cuma krn keadaan yg serba canggih skrg susah sgt nak dpt setem.. sbbny surat sdh d ganti ngan email..(lg cepat) & telegram sdh d ganti ngan sms / telefon(super-duper faster lagi)jd klu dpt pun setem yg kita beli sendiri d pej pos.. uhhh.. yg bestny klu kita ble kolek dr surat yg org bg ngan kita.. apa2 pun saya bersyukur ngan teknologi yg ada skrg krn Islam x pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu Pengetahuan n perkembangan teknologi tetapi mesti berpegang pd nilai & etika murni yg bertepatan dgn teori dan objektif Tamadun Islam. Sebagai contoh firman Allah SWT :
وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّن بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنتُمْ شَاكِرُونَ
Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).
(surah Al-Anbiya ayat 80)
ketiga plak saya ber-hobikan membaca novel.. time ni zaman2 bersekolah.. huhu tp saya mmg x beli novel ya la time2 bajet sekolah manada peruntukan utk beli Novel.. hehe.. biasany pinjam kwn n library (Perpustakaan Negeri Sabah) bkn library sekolah.. huhu. Novel paling saya suka "Ombak Rindu, Tulisan Fauziah Ashaari" bestt tahap 5 bintang. hehe.. penulis lain yg saya suka, Damya Hanna, Aisya Sofea dan byk lagi.. saya mula stop baca novel tahun 2004 sbb nak exam STPM.. :)
( ni la buku tu "Ombak Rindu" ni search d google )
ke- 4, saya berminat ngan barangan Hello Kitty n Pink.. kaler pink bkn la hobi sbb kaler ni sdh jd sebati ngan hidup saya. apa2 pun brg mesti kaler PINK.. aBOut Hello kITTy.. (semua di bawah;) hehe..
sebahagian drpd koleksi.. lain2 spt sudu,gelas,speaker,tuala,alas gelas, lap kaki, tpt tisu gulung,mouse pad, mouse lain2 x sempat d gambar.
& last @ sekarang..my hobby " "..
tapi mgkn sbb pengaruh umur yg semakin meningkat @ kesedaran sebagai muslim & "to be are mukminat.." saya mula minat membaca buku, terutamanya buku2 ilmiah yang berunsurkan keagamaan. Antara pengeluar buku yg saya suka, Galeri Ilmu, Must Read, Telaga Biru, Pts n sbg.
ni sebahagian drp koleksi buku saya & husband
tetapi mungkin salah satu sbb yang menjadi pemangkin kepada "hobi = membaca buku keagamaan" ialah suami saya. Sbb dia sememangnya mengumpul banyak buku yg berunsur keagamaan. lama2 tu krn sedar akan kehambaan diri padaNya, saya mula membaca bagi mendalami ilmu2 agama, memberi kesedaran & keinsafan dan menimba ilmu. Saya amat2 bersyukur padaNya kerana telah menentukan jodoh saya dgn suami saya "FAIZALFARID BIN MD DARWIS" yg banyak membantu, menyedarkan dan membimbing saya d alam dunia yg penuh dengan Dugaan, Cabaran, Godaan bagi mendapat nikmatNya yang kekal abadi d Akhirat nanti.
"Dan tidaklah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).'"
(QS. Az Zumar, 39: 52-54)
No comments:
Post a Comment