Ya Allah... aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah diriku dengan pengampunan oleh sifat-MU yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihaniku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkanlah jua mereka dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihaniku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan kasih sayang-Mu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat... AMIN
Ya Allah.. terlalu hina diri ini bila memikirkan kebesaran-MU. Aku yang hanya seorang hamba.. adakah telah melakukan semua kewajipan ku? Ya Allah.. setiap hari aku memuji kebesaran-Mu.. setiap hari aku memohon pengampunan daripada-Mu.. setiap hari aku memohon diberikan hidayah-Mu.. Ya Allah!!.. Ya Allah aku sering bertekad dengan pelbagai azam.. Azam agar menjadi muslimah sejati.. hamba yang Kau kasihi.. tapi sering juga aku perasan yang azamku hanya tinggal azam.. aku takut pada azab-Mu tp mengapa aku sering lupa pada masa aku melakukan dosa? aku takut menjadi penghuni neraka-Mu.. aku takut bila memikirkan mungkin aku tergolong daripada hamba-Mu yang memakan dagingnya sendiri dimasa pembalasan nanti? aku sering membuat janji akan menjaga solatku.. tapi aku selalu lalai.. ya Allah Ampunkan lah hamba-Mu ini. aku selalu berhasrat ingin membuat solat taubat? tapi pernahkah aku lakukan?aku sering mungkir.. ya Allah.. aku bermohon pada-Mu.. atas kedaifan.. kehinaan.. hamba-Mu ini, aku sangat-sangat bermohon agar Kau berikan lah aku petunjuk-Mu.. berikan aku hidayah-Mu ya ALLAH..
aku hamba yang terlalu banyak melakukan dosa ini sedar terlalu banyak dosa telah aku lakukan pada-Mu. aku mohon pada-Mu ya Allah yang memiliki sifat Rahman dan Rahim agar ampunilah dosa hamba-Mu ini, jauhkan lah anak ku daripada segala kejahilan, kejahatan yang pernah aku lakukan.. jadikan lah anak ku seorang hamba yang bertaqwa,soleh dan menjadi golongan orang-orang yang beriman.
Ya Allah.. aku kerap kali berfikir " ADAKAH AKU HAMBA-MU YANG KAU KASIHI"? "BAGAIMANAKAH AKU DI HARI PERHITUNGAN NANTI"? "ADAKAH SOLAT KU SELAMA INI DITERIMA"? "ADAKAH DOSA-DOSA KU TELAH KAU DIAMPUNKAN"?
aku ingin memjadi seperti ini.. menutup auratku seperti tuntutan-Mu.. ya Allah berikan hamba-Mu ini hidayah agar aku kuat menjadi "hamba-Mu yang solehah".
ya Allah.. aku terkadang cemburu melihat hamba-Mu yang soleh/solehah.. aku sering ingin mendekati-Mu.. aku ingin membaca wahyu-wahyu yang Kau turunkan.. tapi mengapakah aku tidak membacanya ? ya Allah ketahuilah sebenarnya aku terlalu ingin membaca wahyu-Mu tetapi aku "tidak berdaya".. ya Allah sesungguhnya jika aku boleh diberikan pilihan antara tulisan rumi dan ayat-ayat suci-Mu, tentu aku memilih ayat-ayat suci-Mu ya ALLAH.
AMIN.
No comments:
Post a Comment