Wednesday, December 29, 2010

Hubuk abi wa ibni abadan

assalamualaikum..
      Hubuk abi wa ibni abadan..(ummu fiqri). huh!.. saya ada meeting di Hotel Ruby Kota kinabalu selama 4 hari 3 mlm. ooo so miss my family.. especially my son Fiqri Izdihar. Hari ni br 2 hari n 1 mlm berlalu, jd saya ada 2 mlm lagi disini. so far.. meeting sdh berjln smlm dr jam8 mlm hingga jam10 mlm n bersambung semula hr ni dr jam8.30pagi hingga (belum diketahui). selain meeting sepatutnya ada lawatan "Amalan terbaik Jabatan" ke RTM & INTAN Caw Sabah. tetapi krn kekanganmasa di hujung thn yg bermode- busy jd lawatan x dpt dijln kan n alternatif susulan mc dlm perancanga. tp yg PASTI, mlm ni ada main bola n meeting pasti akan jd "MESYUARAT TANGGUH". (",). hehe..
      emm.. last nak jd kan penutup.. " Hubuk abi wa ibni abadan " & telah di sahut oleh kwn sama2 meeting " abadan iza solla ". Syukran Jazzilan atas doa anta.

Tuesday, December 28, 2010

Aku Sangat Rindu Untuk Bertemu Mereka

(Artikel ini saya ambil dr seorang kwn blogger saya "http://hawaymutasawwil.blogspot.com/" , amat tersentuh hati saya masa membacanya, jd saya berfikir ada baiknya saya berkongsi dgn semua pembaca, semoga kita semua mendapat iktibar drp cerita ini )

Pernah suatu ketika,sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat.Tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w..Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar..baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya..Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w..

"Bukankah kami ini ikhwanmu?..

Rasulullah s.a.w menjawab..

"Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"


Sama-sama kita perbanyakkan selawat

Sampai masa nanti kita memerlukan syafaat baginda

Oleh itu berselawatlah sebanyaknya.Semoga baginda mengingati kita tatkala kita meminta syafaat baginda di akhirat sana

Jangan menyesal di kemudian nanti tatkala kita memanggil baginda sebaliknya baginda tidak mengendahkan kita kerana kita di dunia tidak pernah berselawat ke atas baginda

bab kata pepatah

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

Monday, December 27, 2010

Allah mengahwinkan Saad dengan bidadari yang lebih cantik daripada anak gadisnya."

Adakah saya terhalang daripada masuk syurga hanya kerana kulit saya gelap dan berwajah buruk?" tanya seorang lelaki berkulit hitam dan berwajah buruk kepada Nabi Muhammad.
           Nabi Muhammad memandang ke arah lelaki itu. Sudah tentu beliau mengenalinya. Dia adalah Saad as-Sulami daripada puak Bani Sulaim. Dia tidak mempunyai rupa paras yang cantik dan tidak berharta. Namun, bukan itu ukuran di sisi Allah.
                "Tidak. Demi Allah, selagi saudara yakin kepada Allah dan percaya kepada ajaran yang disampaikan oleh saya sebagai utusan Allah," Nabi Muhammad menenangkannya.
     "Demi Allah, saya memuliakan tuan sebagai utusan Allah dan saya percaya kepada setiap kalimah syahadah yang saya lafazkan iaitu tidak ada tuhan melainkan Allah yang layak disembah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," Saad berkata dgn jelas.
                "Lapan bulan yang lalu saya meminang seorang wanita yang pasti tuan mengenalinya. Pinangan saya ditolak dengan alasan saya berkulit hitam dan berwajah buruk. Sedangkan saya berasal daripada keturunan yang baik daripada suku Bani Sulaim."
    Nabi Muhammad memandang sekeliling dan bertanya, "Adakah Ammar bin Wahab dari suku Bani Saqif di sini?"
                Buat seketika, orang yang hadir di masjid itu saling bertanya sesama sendiri. Kemudian, salah seorang daripada mereka menjawab, "Dia tidak ada di sini."
  Nabi Muhammad menoleh kembali ke arah Saad dan bertanya , "Adakah saudara tahu di mana rumahnya?"

Saad mengangguk dan menjawab, "Ya. Satu tahu."

    "Saudara pergilah ke rumahnya dan katakan kepadanya, Nabi Muhammad mengahwinkan saudara dengan anak gadisnya yang bernama Atikah."

Wajah Saad kemudian berseri-seri. Segera dia melangkah ke rumah Ammar bin Wahab.
   Setibanya di hadapan rumah Ammar, Saad mengucapkan salam dan memperkenalkan dirinya. Dia kemudian menyampaikan pesanan Nabi Muhammad. Mendengar perkhabaran tu, wajah Ammar tiba-tiba sahaja berubah. Dia keliru dan binggung.
"Benarkah Nabi Muhammad mengahwinkan Atikah dengan saudara?" tanya Ammar dengan kuat krn masih terkejut.
    Nada suara yang keluar dari mulut Ammar itu membuatkan Saad berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk beredar sebaik sahaja Ammar masuk semula ke dalam rumah tanpa menjemputnya masuk.
            Anak gadis Ammar bukan sahaja cantik rupa parasnya, malah cerdik. Dia mendengar segala-gala yang dikatakan oleh Saad kepada ayahnya. Sebaik sahaja melihat ayahnya masuk semula ke dalam rumah, dia segera mendekati ayahnya. 
    "Adakah ayah menolak  pinangan dari Nabi Muhammad? Buatlah sesuatu sebelum mendapat kemarahan Allah. Jika benar Nabi Muhammad mengahwinkan saya dengan Saad,saya rela. Saya rela apa-apa yang ditetapkan oleh Allah dan utusannya untuk saya."
  Ammar terdiam mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia bingkas bangun lalu menjenguk ke halaman. Tetapi Saad tiada lagi di situ. Ammar segera berkejar mendapatkan Nabi Muhammad. Sampai sahaja, dia berkata kepada Nabi Muhammad, "Saya perlu memberi penjelasan."
 "Saudara menolak pinangan saya?" tanya Nabi Muhammad sebaik sahaja Ammar mendekatinya.

      "Maafkan saya kerana menolak pinangan tuan. Saya menyangka Saad hanya berbohong." jawab Ammar. "Sesudah mengetahui kebenarannya, saya rela mengahwinkan anak gadis saya dengan Saad."
     Kemudian, majlis akad nikah dilangsungkan ant Saad as-Sulami dengan Atikah binti Ammar. Sebaik sahaja Ammar meninggalkan mereka, Saad mendekati Nabi Muhammad dan berbisik, "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibawa kepada isteri saya."
         "Pergilah kepada Usman bin Affan dan terimalah sejumlah wang yang diberinya. Kemudian pergi kepada Abdul Rahman bin Auf dan Ali bagi menerima sebahagiannya lagi," Nabi Muhammad
   Berulang kali Saad melafazkan kalimah syukur yang tidak terhingga atas anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya. Kemudian, Saad berjalan pantas menghala ke pasar. Di pinggangnya, terselit kantung yang berisi wang yang baru sahaja di terimanya.
      Sewaktu berlegar-legar di pasar mencari barang-barang keperluan isterinya, dia terdengar panggilan ke medan perang. "Marilah keluar ke medan perang! Marlah menegakkan agama Allah!" Panggilan perang itu benar-benar membuatkan Saad terpaku di lorong pasar.

"Rebutlah peluang ini bagi mendapat syurga Allah!"

"Ya Allah, Tuhan yg menciptakan langit dan bumi. Saya mengunakan wang ini bagi tujuan yang lebih mulia, yang lebih disukai olehmu dan pesuruhmu."
   Kantung wang dirungkai drp ikatan pinggangnya. Dia menggenggam kuat-kuat dan melangkah ke arah sekumpulan kuda yang dikurung. "Saya mahu membeli seekor kuda yang pantas berlari,"jeritnya.
Kemudian dia membeli sebilah pedang, sebatang lembing, sebuah perisai dan sebuah topi petani yang agak besar drp saiz kepalanya sehingga menutupi dahi. Dia tersenyum.

Saad melompat lalu memacu kuda menghala ke arah orang ramai yg berkumpul. Itu adalah kumpulan tentera -tentera Islam yg bersedia utk bertolak ke medan perang.

 "Siapakah itu?" tanya salah seorang yg berada dlm kumpulan itu.

"Biarkanlah. Mungkin dia dari negeri syam. Dtg ke mari bagi mendalami ajaran Islam," kata Ali tanpa mengenali itu Saad. "Lalu ingin bersama keluar berperang mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan saudara."

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

     Laungan kalimah membesarkan Allah bergema, bersahut-sahutan. Tiba di medan perang, pedang dihunus dan perisai diselit di lengan. Kuda dipacu laju menerpa musuh umpama singa lapar. Tentera Islam dgn gagah dan bertenaga menghayun pedang membunuh musuh.
   Akhirnya, Saad melompat turun dari belakang kudanya. Dia menyingsing lengan bajunya dan membetulkan genggaman pedang di tangannya. Dia terus mara sehingga menghampiri Nabi Muhammad. "Adakah saudara ini Saad as-Sulami?" tanya Nabi Muhammad sebaik sahaja terpandang lengan Saad yang hitam legam itu.Sukar hendak megecam wajahnya krn topinya yg besar sehingga menutupi sebahagian dahinya.

"Ya. Saya Saad as-Sulami!" jawab Saad penuh bertenaga.

Nabi Muhammad tersenyum lalu berkata lagi."Saudara sungguh beruntung."
  Sekejap sahaja mereka bertegur. Kemudian, mrk terus berjuang menentang musuh Allah habis-habisan sehingga kemenangan memihak kpd tentera Islam. Tentera-tentera yg terkorban dan cedera dibawa ke satu tempat. Mereka yg cedera dirawat manakala yg terkorban syahid dicatatkan nama-nama mereka.
            Nabi Muhammad mencari Saad as-Sulami. Beliau terus mencari ant para tentera yg cedera dan terkorban. Kemudian, beliau terpandang sekujur tubuh hitam yg terkulai di samping pedang dan tombak. Topi petani yg menutupi kepalanya terbang dibawa angin. Wajahnya penuh bersalut debu.

"Oh, alangkah harum bau saudara! Alangkah kasihnya Allah dan pesuruhnyakpd saudara!" Muhammad menangis sambil membersihkan debu tanahyg melekat pd wajah Saad. Kemudian beliau ketawa. Sebentar kemudian Nabi Muhammad memalingkan wajahnya dan berkata, Saad kini berada di sebuah telaga saya."

   "Telaga apakah yg dimaksudkan itu?" tanya Abu Lubabah, salah seorang tentera yg turut berperang.
     Telaga itu dikurniakan oleh Allah kpd saya. Lebarnya dari Yaman hingga ke Bursa. Tepinya dihias pertama dan mutiara. Airnya lebih putih dr susu dan rasanya lbh manis dr madu. Sesiapa yg meminumnya tidak haus selama-lamanya.
  Abu Lubabah bertanya lagi. "Mengapakah tuan menangis dan ketawa kemudian memalingkan muka?"

   "Saya menangis krn rindu kpd Saad dan saya ketawa krn gembira melihat Saad dimuliakan oleh Allah dan saya berpaling muka krn malu melihat isteri-isterinya drp kalangan bidadari berebut-rebut mendekati sehingga terselak dan menampakkan betis mereka."
     Abu Lubabah dan tentera-tentera lain mengangguk perlahan-lahan sambil memerhatikan Saad yg umpama lena di pangkuan Nabi Muhammad.

          Nabi Muhammad menoleh kpd Abu Lubabah, "Kumpulkan pedang, tombak dan kuda Saad. Serahkan kpd keluarga isterinya. Katakan kpd mrk, Allah mengahwinkan Saad dgn bidadari yg lbh cantik daripada anak gadisnya."

Thursday, December 23, 2010

BaCa dEnGaR Al-Quran PeNaWAr jIwA

 
AL-QURAN adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat di muka bumi ini.


Firman Allah bermaksud: "Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia." (Surah al-Baqarah ayat 185).

  Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan oleh Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat dalam kitab suci yang diturunkan sebelumnya.

  Mereka yang mempercayai al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahami serta mengamalkannya, juga mengajarkan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari).

  Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala yang berlipat ganda pada setiap huruf yang diturunkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

  Oleh itu jelaslah, al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain ibadah yang diberi ganjaran, membaca, al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang resah gelisah jiwanya.

  Dalam hal ini, seorang lelaki berjumpa Ibn Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.

  Ibn Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki tadi dinasihatkan mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran atau menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah serta memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati.

  Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah supaya diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

  Lelaki itu telah mengamalkan apa yang dinasihatkan oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

  Perlu dijelaskan, membaca al-Quran sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadah, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Memberi cahaya dalam hati; memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

  Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqiy daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran."  Membaca al-Quran tidak sama dengan membaca buku, majalah atau komik. Ini disebabkan al-Quran itu kitab suci yang berupa wahyu Allah. Jadi membacanya tentu mempunyai adab tersendiri yang mesti diikuti oleh orang yang membacanya supaya bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk dirinya sendiri atau pendengar. Justeru, setiap orang yang membaca al-Quran mesti tunduk berpedomankan adab yang ditentukan.

  Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' `Ulumuddin memberi garis panduan yang berkaitan dengan adab membaca al-Quran, iaitu adab batin dan zahir.

  Dimaksudkan dengan adab batin itu ialah memahami kalimah yang dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalimah Allah, menghadirkan hati sepenuhnya ketika membaca, memperhalus perasaan dan jiwa. Dengan adab batin itu, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah itu dapat bersemi di dalam jiwa dan meresap ke dalam lubuk hati si pembaca.

  Untuk membesarkan kalimah Allah seperti yang dijelaskan Imam al-Ghazali, seseorang itu mesti menghadirkan dalam hati betapa keagungan Allah yang mempunyai kalimah itu tadi.

  Pembaca mesti memahami bahawa apa yang dibacanya itu bukan tutur kata manusia, tetapi ia adalah kalam Allah. Membesarkan kalam Allah itu bukan saja ketika membacanya, malah ketika menjaga tulisan al-Quran.

  Akhir sekali, kita perlu yakin bahawa membaca dan mendengar bacaan al-Quran itu sebagai penawar untuk mengubati jiwa yang tidak tenteram.

  Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan untuk  mendengar bacaan ayat suci al-Quran.
  "Manusia yang rugi hidupnya ialah manusia yang dikurniakan akal, tetapi tidak mahu berfikir mengenai kebesaran Allah. Dikurniakan penglihatan, tetapi tidak mahu melihat kebaikan. Dikurniakan pendengaran, tetapi tidak mahu mendengar nasihat dan dikurniakan hati tetapi tidak mahu menghayati kebesaran Allah. "

Wednesday, December 22, 2010

kEnApA MeStI BaCa Al-Quran ?

 

Dengan membaca al-Qur’an, kita akan dapat mengenal Allah, nama-namanya, sifat-sifatnya, kemampuan serta kekuasaannya atas alam semesta ini.

Untuk mengenal sebab keberadaan kita di kehidupan ini, serta bagaimana kita diciptakan dan bagaimana kita dihidupkan. Kerananya kita menemui kisah Nabi Adam a.s. diulang-ulang sehingga puluhan kali di dalam al-Qur’an. Sebab kisah ini adalah kisah awal kehidupan kita.

Untuk mengenal  nikmat dan kurnia yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Kenikmatan ini adalah kenikmatan yang sama sekali tidak terhingga dan tidak terhitungkan

Sebab yang paling penting. Kita akan menemui ratusan ayat yang membicarakan  tentang syurga, neraka, hisab, azab, keterpakuan di hadapan Allah, Mizan, Sirat.

Untuk mengenal bagaimana memperbaiki kehidupan manusia, ayat-ayat yang dibaca akan ditemui bahasan tentang syariat akhlak, batasan-batasan dan hukum. Juga kisah-kisah umat nabi terdahulu untuk kita ambil iktibar.


Tuesday, December 21, 2010

ya Allah berikanlah kesempurnaan nikmatMu kepada kami

Doa masuk rumah baru..
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca Ayat Kursi
3. Baca Surah al-Ikhlas
4 Baca Surah al-Falak
5. Baca Surah al-Nas

Ya Allah kurniakan kepada ahli rumah ini dan kami semua kesempurnaan nikmatmu , Kesihatan dan keselamatan yang berkekalan. Ya Allah Ya Rahman limpahi kami dengan rahmatmu, hidup yang mewah, umur yang dipanjangi dengan kebahagiaan. Ya Allah Ya Rahman kurniakan kepada kami sifat ihsan yang sempurna dan kelebihan yang melengkapi serta sifat lemah lembut yang memberi manfaat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim manfaatkanlah kepada kami jangan engkau mudaratkan.. Ya Allah sudahi hidup kami dengan kebahagiaan dan sebenarkanlah dengan bertambah cita-cita kami dan sertailah keselamatan kepada kami pada waktu pagi dan petang. Ya Allah Ya Rahman Kau limpahilah rahmatmu ditempat kembali kami dan kesudahan kami di akhirat kau curahilah limpahan keampunan dan kemaafan atas dosa-dosa kami. Kurniakanlah kepada kami keupayaaan memperbaiki  segala keaiban  jadikanlah sifat takwa sebagai bekalan kami dan demi agama mu sebagai perjuangan kami tetapkanlah kami diatas jalan yang lurus. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim lindungilah kami dalam dunia ini dari melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan  penyesalan di hari kiamat. ringankanlah dosa-dosa kami yang berat, rezekikan kami menikmati kehidupan orang-orang yang baiki-baik percukupkanlah kami dengan rezeki mu, palingkan kami dari kejahatan orang yang jahat-jahat. Ya Allah Ya rahman Ya Rahim lepaskanlah kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami kaum keluarga kesemuannya  dari azab kubur dan api neraka dengan rahmat mu ya Allah, ya aziz ya ghaffar, ya halim ya sattar ya jabber ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa dan menerima segala permohonan hamba-hambamu.
وصل الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمدلله رب العالمين

Monday, December 20, 2010

JoUrNeY

assalamualaikum..

   tak ada yg nak d taip2 cuma nak berkongsi "my journey". :) hati sebenarnya x berapa hepi sbb last week for 1 week fiqri x sihat menyebabkan fiqri kurus sgt2. sian fiqi.. saya mc binggung nak fikir pasal babysitter? sapa aa? dan yg paling membinggungkan saya n abi ialah "babysitter yg sedia ada". saya sgt2 la kesal kenapa la dlm lbh kurang masa sebulan ni saya ngan abi x perasan yg pergaulan fiqri dgn babysitter @ nama jolokan "MAK CIK" berubah sgt2. Fiqri mmg x mau sampai meronta2 klu d tinggalkan ngan mak cik dia.. rupany x tau sbb apa tp fiqri ni sdh takut sgt ngan mak cik dia ni smpai x kata mak cik tu yg dia bantah. ble plak dia bg fiqri tidur dlm sehari sampai 3x. kesian fiqri.. biarpun mata x ngantuk terpaksa jg pejam mata n baring sampai tertidur.. :(
     Dengan izin allah satu hari tu,abi x pegi kerja n perasan yg dlm jam 9.30pagi fiqri tdur. hah? sdgkn td jam7 pagi fiqri mx tdur? mcm mana ble tdur lg jam 9.30 pagi? bkn baby kecil ni sdh masuk 4 thn.. ishh.. kasihan fiqri..dr situ abi mula suruh saya tgk2 fiqri. jam10 pagi saya blk rmh fiqri blum tdur tp dlm 20 minit mcm tu mak cik tu sdh panggil fiqri suruh tdur. fiqri x berani bantah n hanya turut je.. sampai nak turun dr katil pun x berani. saya tanya fiqri "abg nak tdur ka?" fiqri just senyum & jawab "ya". "abg ngantuk?" fiqri jwb "emm.." jak. saya mula x sedap hati n mula gtau abi. 8.12.2010 (rabu) abi mula tegur mak cik tu, jgn terlalu bg fiqri tdur sbb mlm x dpt tdur kasian.. mak cik tu selamba jwb " budak mmg mau tdur supaya cpt besar". :(
   jumaat 10.12.2010 abi buat spotcheck. abi blk keja jam11 pagi. abi sampai fiqri sdh tdur..tp mak cik tu pura2 mcm bercerita ngan fiqri bila abi masuk bilik tgk fiqri rupa2ny tdur. abi tegur lagi dgn mak cik tu, np tdurkn fiqri awal? mak cik jwb x la.. jam12 dia tdur. mmg x logik sbb abi blk jam11 fiqri sdh tdur. ishh.. ishh..
   malam tu saya bercerita2 ngan fiqri.. fiqri mengadu yg mak cik ada marah abg, mak cik pukul kepala abg sbb abg tabur2 mkn coklat,abg nangis mak cik kc biar jak x sayang2 abg blk. hah? tekejut saya.. ee np pukul kepala pula..kesian fiqri. sedihnya.. ahad 12.12.2010 petang saya mula perasan kepala fiqri panas n mlm fiqri muntah2.. 1 minggu fiqri sakit demam panas, muntah2 n cirit birit. badan jd kurus sgt2.. n hari ni pas seminggu abg sakit, smlm saya n abi decide x mau sdh babysitter la sbb x mau fiqri tertekan ngan mak cik tu. :).
    Ya Allah aku bersyukur atas pertolonganMu.. Sesungguhnya Engkaulah yg maha mengetahui.. Engkaulah yg menyedarkan kami.. Engkaulah yg membantu kami dalam mendidik, membimbing anakku iaitu amanatMU ya Allah.

Friday, December 17, 2010

HaNyA InGiN MeNgInGaTkAn


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA (5) KALI...


  • Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun & Lima Penawarnya..


1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu uabtanya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


"Ada 4 dipandang sebagai ibu", iaitu:


1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

Thursday, December 16, 2010

alL AbOuT *PiNk*

saya ni sorg yg sgt2 fanatik ngan pink kaler. huhupink very much.  :) rasa sejuk jak mata memandang mcm ada mint klu nmpk kaler pink ni. hehe like diamond bersinar2 saya rasa kaler pink ni,.. walaupun x ber-diamond tp ber-bling-bling pula rasa sbb "kaler kesukaan" :p
   emm memandangkan mood x brapa nak ok today jd td saya p la cuci mata kat google image. haha.. p search "PINK" item.. hehe.. hasilnya... dapat la. ni.

bedroom pink kaler

wahhh senyum lebar saya tgk bilik ni.. cutenya.. paling suka ngan design katil & curtainnya tu... arrrhhh.. cutenya. 1 hr nti aku pun mesti ada bilik mcm ni. wahahaha...


bathroom pink kaler

bathroom yg pink.. cutenya. rasa mcm x mo mandi la dcni.. mcm ble buat bilik tdur. haha.. :)


kitchen pink kaler

kitchen yg glam.. :P cuteeeeenya!!! best oo. klu dpt dapur mcm ni alamat la x mo masak nti dapur yg pink ni berminyak. wahaha..


pink curtain

simple curtain but smart bcoz = pink kaler !! hehe.. senyum lebar saya.. haha mmg dlm plan mo buat langsir nmpk curtain ni mmg sesuai sgt, sdh la simple , pink plak tu.. bertambah-tambahla lagi "kesesuaiannya" :D


pink digicam

digicam yg cute n bergaya. wahaha.. hopefully 1 day i can get it. :)


hp nokia c3 edisi pink kaler

handphone? nokia c3 yg terhangat di pasaran. mc bar lg tp best sbb harga x mahal sgt pastu PINK kaler yg bersinar2. haha :D. saya mmg ada hajat nak ni tp nti abi marah sbb baru lg beli hp E71. emm sabar-sabar, nti dpt jg. :)

Dell laptop pink kaler

dan ni laptop Dell pink kaler. hehe ni saya sdh ada. wahaha.. cute kan.. :P

"love pink"

 & the last "all about pink" i love everything.. everything pink kaler!!.."



assalamualaikum..

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
                                                                                                       (surah Al-Baqarah ayat 286)
fikiran aku binggung sgt2 hari ni.. mcm2 nak d fikir. Annual Dinner? Wajib? Surat Tunjuk Sebab? Anak Sakit? Kesian! cuti? kerja? dtg lambat? cari babysitter? Dmana?
    uwarhhh.. binggungnya.. tp saya tahu semua ini ujianNya bagi membina keimanan kita padaNya.
    skrg yg saya nak fikir dulu.. mlm ni nak p annual dinner @ x ? klu x pegi persembahan kumpulan kurang org pula tp anak sakit? klu saya kena marah @ kena panggil PEK? mcm mana? bersediakah nak bagi jawapan? uuuhh.. gugup pula sbb last year pun aku x pegi. arhh tgk la nti. aku cuma ikut kaki melangkah. mana yg berat n ringan kaki nak melangkah.
        pastu nak fikir kesihatan fiqri. mmg ada sdh babysitter skrg ni tp mcm x serasi ngan fiqri. rasanya fiqri mcm tertekan, mmg x sihat utk perkembangan fiqri yg baru nak masuk 4 tahun. nak tukar babysitter, tp di mana nak cari? masalah betul.. arhh... mesti berusaha. Chayo-chayo. Mo panggil alai blk keningau.. saya tau dia berat hati.. ish.. ish.. mcm myusahkan dia pula.
Ya Allah berikanlah hambaMu ini jalan.sesungguhnya hanya padaMu aku memohon.

Thursday, December 9, 2010

Azamku

Ya allah.. aku memohon padaMu Ya Allah.. kuatkanlah iman hambaMu ini.. berikanlah aku hidayahMu.. tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai.. Amin.
 Syukur alhamdulillah sepanjang tahun baru ini 1432H aku dengan sedaya upaya ku.. dengan segala kudrat yg Allah pinjamkan kepadaku.. aku tekadkan hati, kuatkan iman, gigihkan usaha bagi melawan nafsu2 syaitan. Syukur alhamdulillah.. walaupun tidak bayak yang berubah padaku namun aku sangat2 berharap agar ada sedikit peningkatan yang aku rasakan.. Aku mula belajar menghormati Pendirian n Azam ku sendiri. Azam yang aku pasang sendiri... aku sangat2 berharap dapat mengikis semua sifat mazmumah ku. selain itu aku turut bersyukur kerana berada di samping suami, anak,adik-beradik, parents, saudara n kawan yg benar2 membantu aku dalam menjaga mulut, telinga,mata n segala tingkah ku yg CELA. JAZAKALLAH semua.. sesungguhnya aku masih mengharapkan bantuan n teguran kamu semua. semoga kita sama2 di dalam golongan hambaNya yang bertaqwa. Ya Allah sesungguhnya aku hanya inginkan keRedhaanMu.
Amin..

Warkah Hati Buat Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Warkah Hati Buat Wanita iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sedarlah Ketika Masih Diberi Waktu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sedarlah Ketika Masih Diberi Waktu iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, December 8, 2010

sedekah

قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ يُقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خِلاَلٌ
Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang- terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan" 
                      (surah Ibrahim, ayat 31)
 
sekurang-kurang ada 4 manfaat sedekah bagi org yg mengeluarkannya iaitu ;
 a. sedekah mengundang rezeki
 b. sedekah menolak bala
 c. sedekah menyembuhkan penyakit
 d. sedekah memanjangkan umur
 
Allah berjanji dalam Quran, Dia pasti membalas sedekah yang kita keluarkan. Ia ibarat menanam pokok di kebun Allah dan pokok itu pasti berbuah. Walaupun buahnya tidak lebat, sekurang-kurangnya ia pasti berkembang. Walaupun Allah tidak menurunkan hujan lebat, sekurang-kurangnya Allah turunkan gerimis.
 
Ali bin Abu Talib pernah berkata, "Pancinglah rezeki dengan bersedekah." Nabi Muhammad pula pernah berkata, "Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah."
 

Monday, December 6, 2010

TAHUN BARU "1432Hijrah"

"ya Allah bertambahnya setahun lagi hidup aku di duniaMu yg penuh Mehnah (Ujian) ini.. aku memohon mawaddah n rahmahMu agar aku didalam golongan hambaMu yg berTaqwa. Amin.."
 hari ni 30 Zulhijjah hari terakhir pd tahun 1431Hijrah.. banyak yg bergembira, bersedih dan x kurang juga ada yg terlupa krn hanya ingat pd kiraan tahun Masihi. tapi aku salah seorg drp hambaNya yg gembira n sedih akan kedatangan tahun baru ini.. ya! aku gembira kerana aku masih hidup dan masih berpeluang melakukan Solat Taubat (Taubat Nasuha) melakukan Ibadat kepadaNya, menambah bekalan utk dia akhirat nanti di Alam kekal abadi, kan sering dikatakan yg dunia hanya seperti ladang yg perlu kita berusaha bercucuk tanam agar di akhirat nanti kita akan dapat menuai hasilnya... tapi dlm masa yg sama aku juga bersedih krn adakah pertambahan usia aku setahun lg ini telah menjanjikan bertambahnya ibadatku?atau bertambahnya dosa ku padaNya?
  "ya ALLAH.. aku tidak layak untuk SyurgaMu namun tidak pula aku sanggup ke NerakaMu".

oleh itu bagi membuang sifat2 mazmumah tersebut saya telah memasang azam. Azam yg setiap tahun aku lakukan namun hanya berlalu sahaja tanpa dikotakan namun tahun ini dgn penuh rasa kehambaan aku ingin mengotakan azam ku.. sebagai langkah pertama aku ingin memohon bantuan suami, adik-beradik, saudara mara , kwn n sesiapa sahaja yg berada d persekitaran ku agar dapat membantu aku merealisasikan azam ku.. aku ingin mereka membantu aku dalam menegur, menegah dan menasihati aku kalau2 telah melanggar azam ku. aku sgt2 berharap pada bantuan kamu semua. semoga kita semua mendapat Hidayah dariNya bagi menuju muslimin/muslimat yg bertaqwa. AMIN

azam ku.. yg memerlukan bantuan semua.. sama2 la kita nasihat menasihati, tegur menegur n bantu membantu agar kita sama2 menjadi golongan hambaNya yg diredhai..

"sempena tahun baru 1432Hijrah bermula selepas maghrib ini saya dengan penuh rasa ke-hambaan padaNya telah berazam ingin membuang semua sifat2 mazmumah (terutama sekali pemarah), mengumpat, melalaikan solat, istiqamah dgn setiap ibadat dan sebagainya yg mengundang MURKA ALLAH. (insyAllah) tapi sebagai langkah pertama saya amat berharap pada bantuan kamu semua sebagai penasihat @ penegur saya agar x melanggar AZAM saya, sila sedarkan saya bila mulut in terlalu celupar, bila diri ini terlalu lalai, bila hati ini terlalu mengikut nafsu syaitan. kerana teguran dari kamu akan dpt byk membantu n meyedarkan saya yg hanya seorg hambaNya yg sering lalai. Saya mohon kerjasama dan bantuan semua agar kita sama-sama menuju insan berTAQWA."
 AMIN

Friday, December 3, 2010

Untuk dikongsi bersama kaum mukminat.
Aurat-aurat wanita islam:


·          Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

·          Kaki memakai gelang berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

·          Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

·          Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

·          Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

·          Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

·          Muka dan Tangan
 Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

·          Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

·          Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

·          Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

·          Kemaluan (perasaan malu)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

·          Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

·          Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

( saya share dr FACEBOOK kawan.. sama2 kita renung-renungkan.. )


Thursday, December 2, 2010

lelaki melayu terakhir: Nama-nama Dilarang dalam Islam

lelaki melayu terakhir: Nama-nama Dilarang dalam Islam: "Abkam = Tidak celik, buta Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya Afinah = Yang bodoh Asyar = Paling jahat Asyirah = Yang tidak bersyukur at..."

hObBy.. :)

assalamualaikum...
 jam 9.15 pagi / 01.dec.2010 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H.Rasa x sedar kita akan meninggalkan 2010 n 1431H ni. utk kalender Hijrah tggl 6 hari lagi kita akan masuk tahun baru 1 Muharam 1432H, bagi kalender Masihi tggl 30 hari lagi kita ke tahun baru 2011M.emm hari ni IPG Kampus Keningau sedang mengalu-galukan kedatangan Dato‟ (Dr.) Asariah Binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. "Selamat Datang Ke IPG Kampus Keningau"
Dato' Asariah (search dr Goole)

ok.. cerita lain plak, hari ni.. just nak kongsi pasal " HOBBY".. hah.. klu nak tau.. dari saya tau apa erti hobi, klu x silap sdh 4 jns hobi yg saya "terlibat"..
  first tu.. "kumpul saputangan".. emm masa ni time zaman2 sekolah la.. mcm2 size sapu tangan, mcm2 kaler, mcm2 kartun & corak" tp last tu saya jd x aktif bila saputangan ni cpt lusuh lgpun selalu sangat hilang.. arhhh.. ni la masalahnya, time sek.. asal g sek bw sapu tangan selalu tertinggal mana2 jd = hilang la.. oOOo fed up la.
           second.. saya berminat ngan " kumpul setem".. :) hepi sgt bila dpt susun2 setem saya d album.. sebenarnya dulu pernah dgr org kata "hobi = kumpul setem" saya heran sgt.. apa la ada ngan setem tu.. benda kecik2,bercorak2 n mcm x nilai tp bila tiba2 tu secara x sengaja kwn nak buang setem2 dia.. alasannya sbb dia x suka kumpul setem yg bercorak sama, dia nak 1 setem hnya ada 1 dlm koleksinya..jd sc x langsung saya pun mula minat. emm.. setem tu mc saya minat sampai skrg cuma krn keadaan yg serba canggih skrg susah sgt nak dpt setem.. sbbny surat sdh d ganti ngan email..(lg cepat) & telegram sdh d ganti ngan sms / telefon(super-duper faster lagi)jd klu dpt pun setem yg kita beli sendiri d pej pos.. uhhh.. yg bestny klu kita ble kolek dr surat yg org bg ngan kita.. apa2 pun saya bersyukur ngan teknologi yg ada skrg krn Islam x pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu Pengetahuan n perkembangan teknologi tetapi mesti berpegang pd nilai & etika murni yg bertepatan dgn teori dan objektif Tamadun Islam. Sebagai contoh firman Allah SWT :
  
وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّن بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنتُمْ شَاكِرُونَ
Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).
                                      (surah Al-Anbiya ayat 80)
ketiga plak saya ber-hobikan membaca novel.. time ni zaman2 bersekolah.. huhu tp saya mmg x beli novel ya la time2 bajet sekolah manada peruntukan utk beli Novel.. hehe.. biasany pinjam kwn n library (Perpustakaan Negeri Sabah) bkn library sekolah.. huhu. Novel paling saya suka "Ombak Rindu, Tulisan Fauziah Ashaari" bestt tahap 5 bintang. hehe.. penulis lain yg saya suka, Damya Hanna, Aisya Sofea dan byk lagi.. saya mula stop baca novel tahun 2004 sbb nak exam STPM.. :)
( ni la buku tu "Ombak Rindu" ni search d google )

   ke- 4, saya berminat ngan barangan Hello Kitty n Pink.. kaler pink bkn la hobi sbb kaler ni sdh jd sebati ngan hidup saya. apa2 pun brg mesti kaler PINK.. aBOut Hello kITTy.. (semua di bawah;) hehe..
sebahagian drpd koleksi.. lain2 spt sudu,gelas,speaker,tuala,alas gelas, lap kaki, tpt tisu gulung,mouse pad, mouse lain2 x sempat d gambar.

& last @ sekarang..my hobby   "                         "..
                              

                             
           tapi mgkn sbb pengaruh umur yg semakin meningkat @ kesedaran sebagai muslim & "to be are mukminat.." saya mula minat membaca buku, terutamanya buku2 ilmiah yang berunsurkan keagamaan. Antara pengeluar buku yg saya suka, Galeri Ilmu, Must Read, Telaga Biru, Pts n sbg.

ni sebahagian drp koleksi buku saya & husband

tetapi mungkin salah satu sbb yang menjadi pemangkin kepada "hobi = membaca buku keagamaan" ialah suami saya. Sbb dia sememangnya mengumpul banyak buku yg berunsur keagamaan. lama2 tu krn sedar akan kehambaan diri padaNya, saya mula membaca bagi mendalami ilmu2 agama, memberi kesedaran & keinsafan dan menimba ilmu. Saya amat2 bersyukur padaNya kerana telah menentukan jodoh saya dgn suami saya "FAIZALFARID BIN MD DARWIS" yg banyak membantu, menyedarkan dan membimbing saya d alam dunia yg penuh dengan Dugaan, Cabaran, Godaan bagi mendapat nikmatNya yang kekal abadi d Akhirat nanti.

"Dan tidaklah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).'"
                         
                                     (QS. Az Zumar, 39: 52-54)