Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

          Pejam celik.. pejam celik tidak terasa tinggal sehari saja lagi kita di bulan Ramadhan kan.. Sedih la meninggalkan bulan mulia ni.. tp happy juga melangkah ke bulan syawal ni.. hehe..
Di bulan mulia ni.. saya memohon maaf kpd semua kwn2 blogger manatau ada kata2 yg terkasar.. tersinggung.. terasa hati.. minta maaf ye.. Saya juga nak mohon maag kepada semua yg mengenali kami.. Ikhlas dari kami sekeluarga Faizalfarid, Liana dan Fiqri Izdihar..


p/s : Kepada semua pemandu2 hati2 di jalan raya..
       Kepada pemain mercun.. cuba elakkan.. bahaya oo..
       Kepada golongan dewasa.. jgn lupa duit raya..
       Kepada anda semua.. jgn lupa bagi saya duit raya juga..

Assalamualaikum.. selamat bercuti & Berhari raya..

Sunday, August 28, 2011

Kebesaran Al-Quran


 Cara mudah mencari muka surat dlm AL-QURAN

Al-quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kpd kita iaitu Al-Quran dan Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? Pahala paling senang nak dpt adalah melalui pembacaan Al-Quran krn setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah ( dtg dr Allah sendiri bkn diciptakan manusia).
    Tips yg nak dikongsi ini adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Mmg menakjubkan krn hanya dgn menggunakan formula matematik ringkas, kita dpt tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar.. Contoh 1, Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa? : 5 - 1 = 4, 4 perlu didarab dgn 2 jadi 2 x 2 = 8. Letakkan no 2 slps jawpan. Jafi juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Begitula seterusnya.. Subhanallah, mmg menakjubkan kan..

Saturday, August 27, 2011

Crystal Ball BERBAHAYA..

assalamualaikum..

  amoiii mcm la saya busy sgtkan sampai berminggu senyap x berentri.. Bukannya busy sebenarnya tapi saya x berkesempatan.. ada hal sikit.. Hari ni saya ada nak cerita.. Begini ceritanya. smlm saya ada dgr berita di radio pasal BAHAYANYA CRYSTAL BALL.. ishh.. ishh.. mmg benda tu sgt2 la fames amos.. kan mcm jd trend kat balang @ vase2 kat rumah mesti diisi dgn kristall ball..

      Bila dgr kerajaan mengharamkan saya pun nak tau la sgt, rupa2nya.. benda ni ( crystal ball) yg kita semua dah tau akan mengembang 55% dr size asal jd bahayanya bila budak2 kecik di bwh 5 thn tertelan akan menyebabkan crystal ball mengembang kat dlm usus dan boleh menyebabkan usus kanak2 pecah.. EEE takut oo. Dan mengikut statistik sebanyak 5 pembedahan besar telah dilakukan di HKL krn crystal Ball ni.. jd apa lagi cpt buang crystal Ball tu.. hehe..

Ok tu saja dr saya..

 Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga..

Thursday, August 18, 2011

Satu dah SOLD..

Salam.. hehe hari ni senyum jee saya. ya la.. awal2 pagi dah sold 1 baju.
Baju yg kat atas tu.. tQ pd pemilik blogger ni.. sbb sudi beli http://princesslyss.blogspot.com/

Yang lain2 ada tak yg dah jenguk2? Sudi2 la jenguk yee baju2 bundle kita. Klu menjadi rasanya nak tambah stok lagi

Wednesday, August 17, 2011

Bundle Corner Bil 1

Salam n selamat pagi semua.. smlm saya ada bgtau nak jual baju bundle kan.. hehe ni la baju2 tu... Sila2 la jenguk yee.. Semua harga murah2 n masih dlm keadaan yg sangat2 baik. Saya x adalah jual benda yg ada kerosakan.. dijamin oleh saya.

1. Kod M1. Harga RM 25


2. Kod DB 1. Harga RM 25


3. Kod H 1. Harga RM 25


4. Kod P 1 . Harga RM 23




5. Kod T 1. Harga RM 30

Termasuk tali pinggang hitam 
( sori saya x dpt gmbr sekali dgn belt sbb masa gmbr tu belt jatuh x lekat )

6. Kod J 1 . Harga rm 45

Jenama EDWIN. size M

7. Kod G 1 . Harga RM 25



8. Kod C 1 . Harga RM 15

 9. Kod H 1. Harga RM 15

10. Kod P 1 . Harga RM 15
11. Kod U 1. Harga RM 15

12. Kod B 1 . Harga RM 20 ( SOLD to Lesda.. tq :p )
13. Kod H 2 . Harga RM 15
14. Kod DB 2. Harga RM15
15. Kod P 1. Harga RM15
16. Kod H 3. Harga RM10
17. Kod P 2 . Harga RM 10
18. Kod P 3 . Harga RM 15
19. Kod P 4 . Harga RM 15
20. Kod W 1 . Harga RM 15
21. Kod P 5 . Harga 15
22. Kod DB 1 . Harga RM 20
23. Kod W 1 . Harga RM 15

Sebarang pertanyaan dan booking boleh mesej di ruangan comment, sms di no 014- 3515560 atau email di liana_fiqri@hotmail.com

Sila lah jenguk2 yee..

Tuesday, August 16, 2011

Jualan "Bundle" ku..

salam...

        sori sdh beberapa hari blog ni tak bercerita.. hehe saya ada cerita, mcm ni time weekend tu saya ada p bundle.. saya tgk baju2 cantik2 n murah2. Jadi terbitla rasa nak  menjual baju tu di blog ni . Ada yg sokong tak? uiseseh.. sokong la.. kita bagi harga murah2 oo... Saya dah siap sediakan baju2 n gambar sekali baju2 tu,  esok bolehlah saya mulakan bisnes baju Bundle... InsyAllah saya akan bagi harga murah2 mengikut harga belian la.

Sebenarnya saya pun bukan beli baju2 ni sebundle sekali, klu beli harga sebundle mmg dpt murah sgt tp memandangkan saya ingin membeli yg terbaik saja utk customer2 ( ececeh ada customer ke? )jd saya terpaksa memilih sehelai2 d peruncit kedai lelong (pastinya yg terbaik la). Semua harga murah2 yg saya bagi. Antara baju yg sdh ada dlm koleksi Maxi, Jacket Jeans EDWIN, t shirt lengan panjang, dress dan banyak lagi.
   Jangan lupa esok yee.. ok selamat berpuasa semua .



Friday, August 12, 2011

Muzik & Jantung

Muzik.. sapa yg x suka dgr muzik? mmg pelik kan klu x suka tp manusia ni lain2.. Ada yg suka mungkin ada yg x berapa suka kan.. Tp mengikut kajian aku ececeh.. kajian konon bkn la kajian sekadar apa yg pernah aku buat, rasanya mmg mizik dpt menenangkan aku bila stress gila. Ceritanya mcm ni.. last year saya kena handle jemputan utk satu majlis besar institut kami.. masa tu mmg agak kelam kabut sbb saya br mula berkerja dlm 7 bulan tiba2 kena handle jemputan n satu majlis untuk majlis JUBLI PERAK.. alahai rasa mmg x ble buat sbb sdh la saya x ada pengalaman.. bayang keja pun x tau tiba2 kena buat jemputan. sudahlah mcm tu x ada sapa2 yg membantu plak.. kebetulan di jabatan saya hanya saya sorg staff yg lainnya pensyarah.. pensyarah mmg la busy, yalah nak mengajar lagi, menyelia, mesyuarat, exam n belajar jd saya buat dgn penuh komitmen hingga menjd stress gila.. Bila stress x terkawal saya akan guna earphone utk dgr music sekuat2nya hingga org bercakap pun saya dah x dgr da.. haha.. tp tu la cara terapi saya.. bila kepala sdh balik kpd mood asal barulah saya off music. hehe.. mcm tu la kisahnya.. Dan hari ni saya terumpa satu kajian pasal music n jantung.. Nak tau tak? .. sila baca pelan..

Dengan mendengarkan lagu2 kegemaran anda, bukan saja mampu membuatkan anda rasa TENANG, tetapi juga mengurangkan risiko SERANGAN JANTUNG dan STROK. Di dlm satu kajian, apabila 10 orang lelaki dan wanita menghabiskan kira2 setengah jam mendengar rakaman yg mereka rasakan sangat menyeronokkan, diameter salur darah mereka meningkat 26% drp biasa. Ia menyamai kebaikan yg diperoleh ketika melakukan aerobik.


Namun apabila mereka dipaksa mendengar muzik yg membuat mereka bosan, salur darah akan mengecil 6%. Apabila salur darah membesar, maka darah akan lancar dan akan mengelakkan terjadi darah beku. Menurut pengkaji, Michael Miller, MD drp University Of Maryland Medical Center, apa yg penting adalah memasangkan muzik yg memberikan anda emosi yg positif..

Sumber: MIDI

Thursday, August 11, 2011

Jangan.. Jangan.. Jangan..

assalamualaikum semua..
entri petang ni pasal "JANGAN". jangan apa yee? jangan lah.. jangan buat benda x baik.. hehe..

Jangan sengaja lewatkan solat,
Perbuatan ini Allah x suka

Jangan masuk bilik air tanpa memakai alas kaki ( selipar ),
takut2 nti terbawa najis keluar n habis kotor satu rumah

Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tidak berbasuh,
makruh dan mewarisi kepapaan, lgpun kita akan berkongsi mkn dgn cik lipas n cik tikus

Jangan tidur slps subuh
nti rezeki kita di kebas org

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan
nti rezeki dikongsi syaitan yg kenyang nafsu semata-mata

Jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan
takut2 kita mati dlm perjalanan

Jangan memakai selipar berlainan pasangan
makruh dan mewarisi kepapaan

Jangan biarkan mata liar diperjalanan
nti hati gelap diselaputi dosa

Jangan menangguh taubat bila buat dosa
krn mati boleh dtg bila2 masa

Jangan ego minta maaf pd ibu bapa n sesama manusia klu kita salah
jangan2 kita x sedar kita salah

Jangan mengumpat sesama rakan
nti rosak persahabatan n hidup x bahagia

Jangan lupa bergantung dgn Allah dlm tiap2 keja kita
nti kita sombong apabila berjaya n kecewa bila gagal

Jangan bakhil utk bersedekah
sedekah itu memanjangkan umur n memurahkan rezeki kita

Jangan byk ketawa
nti mati jiwa

Jangan byk bohong
krn itu ciri2 org munafik

Jangan suka menganiaya manusia @ haiwan
krn doa org teraniya cepat dimakbulkan Allah

Jangan terlalu susah hati dgn urusan dunia
akhirat lbh utama n hidup di sana kekal selamanya

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN
sbb semuanya utk keselamatan kita
ALLAH lebih tau yg mana terbaik utk hambaNya

Wednesday, August 10, 2011

Loreal paris Revitalift White Day SPF 18

( saya guna niee.. x ada yg nak tau kee? )

15 faedah dlm 1 iaitu membantu menghilangkan....
  • garis sisi mata
  • kedutan
  • garisan pada dahi
  • garis senyuman
  • lipatan leher
  • kulit kelopak mata yg kendur
  • hilang keanjalan
  • masalah kekenduran
  • bintik gelap
  • kusam
  • kulit mengelap
  • tidak berseri & x jernih
  • tona kulit x sekata
  • kulit kasar 
  •  ternyahhidrat
betulka 15 semua? hehe.. x kira pun tp yg bestnya krim ni mmg sesuai utk umur 20++ mcm saya ni.. dan saya mmg pguna krim ni.Dlm umur 20++ ni la kulit sgt2 perlu dijaga sbb bila kita jaga skrg kita akan dpt imbuhannya pada umur 30++, 40++ & 50++ nti.. sama2 la kita jaga aset bernilai kita, cheewahh...

Sekian utk kali ini...

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub


Kelebihan benda ni...

  • lulur harian ini berkesan meninggalkan bintik2 hitam dlm cucian pertama.
  • Dgn penggunaan berterusan ia dpt bertindak menghalang bintik2 hitam baru utk tumbuh lantas menghasilkan kulit yg sihat, segar dan licin.
  • Dgn formula Beta-Hydroxy Acid ia mampu mencuci bersih dan menyingkirkan minyak2 yg berlebihan.
 waahhhh best kan.. hehe.. mesti TEST.. :p JOM RAMAI2 TRY..

BB cream

( salah 1 produk BB cream.. )
apa tu bb cream?

BB Cream singkatan drpd Blemish Balm cream iaitu sjns produk berasal dr Jerman yg di gunakan dgn mluas oleh pakar dermatologi utk membantu pesakit yg baru menjalani pembedahan kulit sc laser krn ia dpt membantu menyejukkan dan menyembuhkan kulit.

fungsi2 bb cream ?

1. spt bedak asas yg meliputi kulit, samarkan jerawat, pori2 besar, cela,garis2 halus n kulit x sekata tanpa myumbat pori2, mrosakkan kulit TETAPI juga membantu mengetatkan ( kecilkan ) pori2 dan membaik pulih keadaan kulit.

2. pemakaian berterusan mberi keadaan kulit bertambah baik ini krn kandungan BB Cream membantu mlicinkan, mlembutkan n haluskan kulit. Ia bertindak sbg plindung yg mengawal lebihan myk n dlm masa yg sama menambah kelembapan utk kulit sihat juga mlindungi drp sinar uv.

Oleh itu.. mari la kita semua sama2 guna BB Cream.. hehe Best sj baca kebaikannya kan.. BB Cream ni ada dlm byk keluaran. Cthnya yg saya sdh servay jenama Alaisyah pun ada, Maybeline, Etude, Clinique dsbg la.. tp BB Cream Alaisyah rasanya yg senang di dapati n harga pun murah. :P
Sekian iklan utk hari ini yee


Tuesday, August 9, 2011

3, 2, 1 CINTA..


uiseseh main cinta2 oo skrg.. haha.. ni tajuk movie " 3,2,1 CINTA " best oo cerita ni.. sebenarnya movie ni lama sdh ada di laptop ni tp memandangkan x terpandang sbb x masa jd tiba2 semalam punya malam punya malam dan punya malam @ malam sabtu saya tengah tension menunggu download picture ke fb try la tgk movie ni.. hehe.. rupa2nya mmg best.. sapa2 yg x tgk lagi try test la tengok mesti best.. wahaha.. ada hati nak rekemen kan org tgk padahal org lain dah tgk lama kan.. alahai tinggal saya sorg lagi ke yg ketinggalan? x apala.. layan saja merepek saya ni.. : p

nak tau ke summary movie ni? (mode : kepada sapa2 yg blu tgk saja ) x payah la kan nti x suprise.. hehe yg penting best. saya bagi 4 bintang. haha.. tengok jangan tak tengok..

Bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam, pesara


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

(sumber : KOSMO )

Monday, August 8, 2011

Tip menyegarkan nafas

Tip yang aya dapat dari Majalah Eh!.. rasanya bagus juga utk kita berkongsikan..


1.    Tumbuk 10 kuntum bunga cengkih + 3 ulas bawang putih gosok pd gigi & berkumur 3  kali sehari.


2.    Boleh juga mengumam bunga cengkih utk beberapa ketika.


3.   Untuk kesegaran nafas, amalkan mengunyah halia bersama jus lemon.

4.   Pakar Pergigian di barat selalu menekankan kptgn mengosok lidah ketika mengosok gigi krn kajian membuktikan 50% keberkesanan bau nafas hilang jika lidah dibersihkan setiap hari.

5.   Berkumurlah dgn LISTERINE... krn ia membantu mengawal pembiakan bakteria sekaligus menyegarkan nafas.


6.   Mengunyah gula2 getah boleh membantu pengaliran air liur dan minum air sekerap mgkn.

Last sekali PETUA ORANG TUA :
 Sangai hampas kelapa hingga menjd kuning kemudian kunyah hampas kelapa itu dan minum air suam selalu. Amalkan sekerap yang mampu.



Sekian Tip utk hari ini.. hehe :)