Wednesday, April 13, 2011

Entri ke 2 utk bulan April 2011

assalamualaikum.. minta maaf sgt2 sbb lama x update blog ni.. uwahhh.. bkn x rindu dgn blog ni tp memandangkan wireless d opis agak canggih sikit menyebabkan "sign in blog" telah di block. huhu very clever kan.. haha.. tp klu nak buka blogger2 boleh plak.. hehehe.. bijak.. memang bijak menyebabkan saya payah sgt nak update blog ni. d rmh mmg ada broadband tp alahai lembap semacam. malassgt2..
    hari ni nak cerita pasal MY DREAM LAST NIGHT.. sgt menakutkan tapi saya sangat bersyukur.. bersyukur Allah swt amat menyayangi saya.. Ya Allah.. sungguh besar Rahmat Mu, Sungguh aku hamba Mu yang lalai yang sering melakukan dosa.. namun Engkau sering menyedarkan aku akan "Dunia yang diciptakan untuk manusia tapi manusia dicipatkan untuk Akhirat" Ampunkan lah dosa ku ya Allah..
  nak tau mimpi saya ? saya bermimpi yang ada satu Syura dibuat. ahli syura tu dihadiri oleh Nabi Muhammad saw dan beberapa org lain yg saya x pasti siapa namun bayangan saya mereka ialah sahabat2 nabi Muhammad saw. Syura tersebut membincangkan pasal Dajal yang telah muncul di dunia.. takut kan!! masa tu satu cara bagi menangkis kejahatan Dajal adalah dengan memberi minum muslimin dan muslimat dengan air yang telah dibacakan dua Kalimah Syahadah..
 mimpi n agak ringkas namun agak mendalam kesannya pada hati saya.. saya bersyukur Allah amat menyayangi saya.. memberi peringatan akan hidup di dunia.
dalam mimpi tu juga saya sempat berfikir 2 benda.. pertama sekali, wajah Nabi saw.. sbb mmg kita sedia maklumkan yg wajah nabi x boleh di serupai oleh syaitan.. mmg saya amat mengharapkan dapat lihat tp sayang saya x nmpk. dlm mimpi tu saya rasa " saya tau syura tu terdiri daripada siapa tapi x dpt melihat wajah" Ya Allah berilah aku kesempatan untuk melihat kekasih Mu Ya Allah.. tapi aku redha mgkn diri ini belum layak utk itu..
yang ke dua saya fikir.. Ya Allah aku takut pada azab seksa neraka Mu Ya Allah.. aku takut dgn dosa2 yg telah akau lakukan.. aku takut x layak memasuki syurga Mu Ya Allah..
 Semoga adanya keampunan utk ku.. semoga diri ini akan menjadi lbh baik.. semoga diri ini sentiasa patuh pada perintah Mu Ya Allah.. Amin         

Wednesday, April 6, 2011

Tanda-tanda keras hati..


HATI...
Adalah sumber ilham dan pertimbangan...
Tempat lahirnya cinta dan benci...
Keimanan dan kekufuran...
Taubat dan sikap degil...
Ketenangan dan kebimbangan...

Hati juga sumber kebahagiaan...
Jika kita mampu membersihkannya...
Namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana...
Jika kita gemar menodainya... 


Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.

Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.

Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
(Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah.

Hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.

Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku."
(Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata.

Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?"
(Surah At-Taubah, ayat 126)

NILAIKAN PULA HATI KITA... ADAKAH TERGOLONG DALAM YANG DISEBUTKAN DI ATAS? NA U ZU BILLAH HI MIN ZAALIK

WASSALAM