Friday, January 28, 2011

:( " x sihat "

assalamualaikum..
rasa x sihat sdh 3 hari.. huh.. demam, sakit tekak n selesma.. minggu depan kelas prasekolah  bercuti Tahun Baru Cina seminggu tapi saya sbg PPM akan tetap ke sekolah..  Mudah2 badan sihat dlm masa 3 hari berkerja dpt la saya mengemas n mengubahsuai sedikit susunatur d kelas agar nmpk sikit perubahan. tapi dlm minggu depan juga bapa saya sdg cuti n memandang bapa x tpt nak di tuju, bapa kata nak p kk tpt kakak saya.. rasa mcm nak join bapa sekali d kk sambil berurusan di Tabung Haji, hrp2 adalah kekuatan dr Allah. Amin..
 

Thursday, January 27, 2011

Assalamualaikum..

fuhh.. lama sungguh saya x masukkan apa2 post.. busy sikit ngan tanggungjawab baru.. hari ni badan x berapa sihat, mcm nak demam plak. :( tp x apa.. saya bersyukur sbb tu kan kifarah semoga terampun dosa2 ku..
 hari ni baru saya buka blog ni.. rasa sikit terkejut bila terpandang 1 comment dari haji muda.. terpikir plak saya sapa haji muda? bila buka blog beliau, saya agak sikit terharu nmpk gambar Baitullah d blog beliau n rupa2nya beliau sorg penceramah bagi persediaan haji.. Rasa sungguh keagungan Allah sbb semenjak sebulan ni saya mmg memendam rasa ingin ke tanah suci mekah.. tgh dalam proses memperbaiki diri, mengumpul duit dan membuat persediaan agar target utk ke tanah suci bersama suami n anak tercapai..

Ya Allah.. Berikanlah aku peluang melihat Kaabah Mu,

 Bersolat di Masjidil Haram Mu,

melihat kebesaran Mu, keagunggan Mu dan Mencium Batu Hajar Aswad Mu.. Ya Allah.. Amin.

saya mempunyai 1 impian.. teringin sgt.. teringin

berpurdah.. Ya Allah berikan hamba Mu ini hidayah Mu Ya Allah.. saya memasang niat akan berpurdah suatu hari nanti.. insyAllah.. sebelum itu.. aku ingin mempersiapkan diri agar menjadi mukmin yang solehah.. amin

Thursday, January 13, 2011

nEw jOb!

assalamualaikum..
1.1.2011 berkuatkuasanya arahan pusingan tugas kpd saya.. huhu.. skrg saya berada d Prasekolah sebagai Pembantu Pengurusan Murid..
tugas paling penting sbg PPM ialah

 Masak! mcm budak ni.. (",) hehe..
mmg busy ckit tp sayahappy berkerja, ya la sbb Penyelaras n cikgu prasekolah sgt2 baik hati.

apa2 pun skrg saya sedang dlm proses memohon elaun menangung tugas PPM, klu ada rezeki dpt la saya.. :)

menu pagi tadi (khamis)

sarapan : milo susu +biskut cream creakers
minum jam10 : air sirap + bubur nasi ayam

menu esok (jumaat)

sarapan : milo susu + donut
minum jam 10 pagi : milo susu + kuih piang
( jumaat menu simple2jak.. sbb masa yg belajar yg singkat)

sekian laporan hari ni.. ( "    -   " )



Monday, January 10, 2011

kucing parsi = berbaloi @ x?

search from Google

huh.. penat fikir2, mcm mana ni? saya sebenarnya nak sgt ngan kucing parsi ni.. (lebih kurang mcm d gmbr tu la kaler bulu n keciknya). kira murahla sy jmpa br harga rm500 tp masalah n problemnya.. saya minta kebenaran abi.. abi x suruh beli. aduiiii... mcm mana ni?
       tp bila fikir balik2.. berbaloi ka? nti mati ke? sakit ke? mcm mana? klu mati, melayang la rm500, klu sakit kena plak lari ke kk cari klinik haiwan. tau la d Keningau ni manada klinik haiwan.. wahhh... nmpkny tinggal kenangan saja la.
huh!!

Thursday, January 6, 2011

"Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya."

  "Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya." merupakan petikan ayat yg saya baca dr buku " Aisyah ummul mukminin (Keanggunan Sejati) " ditulis oleh Sulaiman An-Nadawi keluaran PTS Millennia.
     kisahnya yg amat berguna saya kira utk dijadikan kongsiaan bersama sbg renungan.

   Pada suatu hari, ada seorang lelakidatang dan meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad. Beliau meminta para sahabat mempersilakannya masuk. Beliau berkata, "Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya."

          Semasa lelaki itu sampai dan duduk di hadapan Nabi Muhammad, beliau melayan tetamu itu dengan ramah sekali. Aisyah berasa hairan melihat Nabi Muhammad. Selepas tetamu itu pulang, Aisyah bertanya, "Wahai suamiku, tuan mengatakan apa yang tuan sebut tadi. Mengapa tuan begitu ramah padanya"

Nabi Muhammad menjawab, "Wahai Aisyah, manusia yang paling hina adalah yang ditinggalkan oleh orang kerana mereka takut pada ucapannya yang buruk." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim,Tirmizi dan Abu Dawud.

Tuesday, January 4, 2011

kepada semua follower, pembaca n semua yg ada dpn laman blogspot saya. terima kasih atas semua sokongan n bantuan anta/anti, klu x tentu jd spt rumah mayat yg sunyi jak blog saya ni. so far.. saya hepi sbb sdh mencapai angka 8++ pengunjung n sgt berharap pengunjung sempat membaca ilmu2 Allah yg sama2 kita kongsikan.
 blog ini bermula sekadar suka2 ( all about me ) namun sedikit demi sedikit ingin ku mengubah menjadi ruangan kongsian ilmu2 Allah " Fi MaRdHaTi yA Allah ".
       Namun org yg byk membantu n menyedarkan saya selama ni tentulah suami saya (Abi).. yg x jemu menegur, membantu, mengajar n membetulkan kepincangan aqidah n akhlak saya. aku hanya menyeru padaMu ya Allah agar Engkau mengampuni dosa2 hambaMu ini.. ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini banyak melakukan dosa terhadapMu ya Allah. hanya pintu taubat MU yg aku harapkan agar aku mendapat keampunanMu ya Allah. Amin.

Allah memerintahkan untuk bertaubat. Allah mengulang perintah tersebut 87 kali. Allah juga memerintahkan Rasulullah untuk bertaubat. Allah berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS. 24:31). Dalam ayat yang lain Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. 66: 8 ).

Rasulullah bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari 100 kali” (HR. Muslim).

Sungguh tinggi nabi Muhammad jika ingin dibandingkan dgn saya.. namun nabi masih terus bertaubat hingga 100x sehari.. kenapa tidak aku sepatutnya 2, atau 3 x lebih dr nabi krn aku lebih lagi melakukan dosa. Ya Allah Ampunkan dosa hambaMu ini.

di tahun 2011 masihi ini.. aku turut menanam azam baru.. walaupun azam Tahun Hijrah ku mungkin masih belum terlalu sempurna aku jalankan namun aku musahabahkan diri agar mengekalkan n ubah sedikit demi sedikit agar lama2 menjadi kebiasaan n menghakis sifat2 mazmumah ku.

Apakah azam 2011 masihi ku?

   aku ingin melakukan melakukan 2 perkara dgn istiqamah setiap hari iaitu :

                a. ) solat taubat
                b. ) solat sunat qalbliah & bakhdiah
               
  aku juga ingin melakukan 3 perkara dlm seminggu sekali sc istiqamah iaitu:

               a. ) puasa sunat
               b. ) sujud syukur
               c. ) solat tahajjud
  InsyAllah..

aku amat berharap azam2 ku ini berjaya aku lakukan..
krn menyedari pentingnya Tiang Agama iaitu solah aku menerapkan byk solah dlm azam baru aku ini selaras dgn firman Allah :  Aqimu solah yang bermaksud Dirikan sembahyang.. yang merupakan ayat perintah dr Allah. aku juga sering memadankan firman Allah ini dgn sabda Nabi Muhammad s.a.w : solah kama ro'ai tumuni usolli yang bermaksud sembahyanglah kamu macam mana kamu melihat saya sembahyang.

mudah2an solah2 ku diterima Allah.. segala yg aku lakukan hanyalah "FI MARDHATI YA ALLAH". AMIN


                        

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.