Thursday, November 24, 2011

Berbaloikah Fujifilm Instax mini 7s..

salam semua..
   arrhhhh tiba-tiba jantung saya terjatuh cinta dengan camera ni.. emm... mcm mana ni? Berbaloikah? Harga dlm rm250- rm300 macam tu tapi dengar2 film pula yang mahal.. Kalau setakat nak gambar benda tak berfaedah tu payahla kan.. Tapi masalahnya saya ni tak cantik, tak fotogenik plak tu.. kena juga snap berratus-ratus kali baru rasa selesa mata nak tengok gambar saya. Ni karang klu guna kamera ni? Amacamla gaya nya kan...

Dan alasan paling kukuh saya dah ada camera pink satu ni

kalau dgn kamera ni snap la sampai penuh memory nanti lps tgk satu2 bole delete mana-mana yang muka sewel kan.. emm mcm mana aa? tapi hati dah jatuh chenta dgn kamera atas nun...( sbb dpt menambah koleksi pink colour saya.. )

Take time fikir2 dulu la..
korang rasa berbaloi tak? sesuai ke dgn saya?

Monday, November 21, 2011

Hoooreeeyyyyyyyyyyyy Harimau Malaya.. go Malaysia

Beauty review.. Krim malam yang best

 time nak tunjuk gambar Blurr.. hehe..

Krim malam apa korang guna? saya guna krim malam yang sangat-sangat best result-nya.. hehe.. nak tau apa? malam ni saya dah nak stop publish dulu.. Nantikan entri " Beauty Review :Krim malam yang best " dari liyana ye..

Selamat malam semua..

chahaya beauty aura skincare

hai.. malam ni korang semua tengah sibuk tengok perlawanan bola antara Indonesia vs Malaysia saya pula sibuk taip entri. hehe.. entri ni lama dah saya nak masukkan tapi lupa saja nak snap gambar.. nanti kalau entri tak bergambar tidak menarik plak.. macam tak berseri-seri macam muka saya sekarang yang tengah berseri penangan skincare ni..

         Okey masuk skincare ni.. saya baru saja guna skincare ni.. kalau tak silap mula 8 november 2011 tu.. sekarang sudah rasa kesannya.  Memang sangat-sangat bagus.. best.. dan sangat-sangat berbaloi-baloi. Nak tau tak saya beli kat mana? saya beli onlineshop dengan kawan blogger Lina Shaari A walk to Remember
http://kisahlynna.blogspot.com

 Nak tau.. skincare ni memang sangat-sangat berkesan dan bagus.. saya bagi markah 10/10.. hehe.. sapa-sapa berminat jom lah buka blog tu.. best tau result skin kita.. Skincare ni melakukan langkah pengelupasan secara lembut ( sangat lembut walaupun kulit tengah terkupas kawan-kawan pun tak perasan ). Krim siang bertindak sebagai sun block.
 
Toner CB
Krim siang / Sun block


Skincare ni ada 3. Toner, krim siang ( sunblock ) dan sabun.. tapi kat atas tu tak ada gambar sabun sebab saya sudah potong kecil-kecil sebagai langkah penjimatan.. :) thumb up untuk skincare n.. terima kasih kepada Lina Shaari sebab berkongsi.. Sayang member blog kita yang gojes ni..

situasi kelam kabut di lapangan terbang gara-gara beg hilang?!

Sangat menyakitkan hati & merunsingkan kalau beg tercicir @ hilang semasa kita tgh melancong.. Huhu.. saya pernah juga mengalami.. tapi bukan sebab hilang cuma tercicir dan saya diman tunggu 3 jam lagi untuk beg saya sampai.. Memang masalah betul masa tu.. Iya la.. saya landing di kota kinabalu jam 6 petang nak balik rumah kira-kira dalam 2.30 minit lagi perjalanan.. kena pula tunggu dalam 3 jam.. Aduh sangat tension.. mana badan lagi penat sebab sudah seminggu ber-tarvel ke sana kemari.. mahu tak mahu... terpaksa menunggu..

         Jadi hari ni saya nak kongsi tips agar beg tak tercicir @ tertinggal @ hilang..

1. Gantungkan tag nama, alamat dan no hp. Tapi jangan lupa kunci.. macam saya guna kunci mangga kecil hari tu tapi kunci mangga cute warna pink..


2. Daftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, kita punya cukup masa untuk memasukkan barang ke pesawat.

3. Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul di beg kita.

4. Buang segala pelekat atau tag lama yang ada di beg kita sebab akan mengelirukan.

5. Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg kita agar memudahkan kita mengenali beg kita terutama di ruangan tuntutan bagasi.

6. Jika kapal transit maklumkan kepada pembantu penerbangan yang kita akan mengambil beg di destinasi terakhir.

7. Ambil beg sebaik tiba jangan tinggalkan beg di ruangan tuntutan bagasi sementara kita berjalan-jalan atau membuat panggilan telefon.

( sumber daripada Harian Metro )

Love you all..

dapat tiket FREE ( * __< )

Bercuti? wahhh mmg turn yang paling best.. saat yang ditunggu-tunggu.. Syukur alhamdulillah.. tahun ini kami mendapat tiket free MAS pergi & balik BKI - KUL.. hooreyyy tepuk tangan sama2.. ( ^__>). Jom senyum sampai ke telinga sama2.
         perjalanan kali ni bertemakan happy family sebab saya akan pergi bersama suami n anak saya. tapi sayangnya perjalanan ni belum di rancang sepenuhnya ( tarik balik senyuman sampai telinga ) sebab kami belum ada apa2 plan nak kemana..Tapi apa susah pergi saja ke mana kaki nak tuju kan.. hehe..lagipun  memandangkan cuti tahunan dah tak banyak mungkin kami tak la berlama-lamaan perjalanan kali ni.. Mungkin dalam 2 @ 3 hari sahaja..
Dan sekali lagi malang.. kami belum pun menetapkan tarikhnya.. nasib baik tiket open.. Ada plan tapi simpan dulu dalam hati takut tak dapat jalan time tu.. okeyla doakan plan liyana & family berjalan lancar ye..
babai semua..

Thursday, November 17, 2011

Do You Like Me ?

( gambar hati tu..)
Assalamualaikum..
mood dua, tiga hari ni tidak berapa okey.. ntah pasal apa.. huhu.. sebabnya, benda remeh saja tp memandangkan sdh jadi input yang masuk ke otak saya tu yg jadi terfikir2..

korang nak tau ke? apa yg jadi keterfikiran tu?.. emm.. bukan masalah negara @ masalah besar sgt pun.. & yg paling penting bukan juga masalah aku. ok nak dijadikan cerita ( tp x tau mana nak mula pula ).. saya bagi senario saja la..

Senarionya... 

Berkenalan + bercinta = berkahwin...
Hidup bahagia + zuriat penambah seri rumahtangga = anak dah dewasa ( berkerjaya )
Pasangan ibu bapa telah melalui semua fasa hidup berumahtangga.. suka & duka, susah & senang tetap bersama, masalah dapat diselesaikan.. = Hidup bahagia 
 ( time ni memang tick YES.. huhu  )

TUP-TUP.. pasangan tu bercinta dgn somebody?    
Hah ?!! Apa ??!! @#$%^&&*!!!??>%$>#&?/^&
bole ke balut macam tu?

Tau tak pasangan kita akan sangat sedih dgn tindakan kita? sedih sangat..


Apa salah pasangan? kenapa buat macam tu? tidak kesian ke? cuba tgk muka pasangan tu ( walaupun sdh x secantik time kahwin dulu2 ) tak sedih ke? bayangkan hati dia mcm mana? tak ada makna kah dia ada di sisi selama ni? kena pula klu pasangan yg sangat baik.. tak sedih ke? tak rasa bersalah ka? tak rasa jahat ka?  
TIDAK RASA KE SEMUA TU? atau pun MEMANG TAK PERNAH PEDULI APA PASANGAN RASA??

( senario : Tidak berkaitan diantara yang masih hidup ataupun yang telah mati. Hanya rekaan penulis blog ini sahaja )


Kejadian2 ini lah yang menjadikan mood saya x berapa sedap dlm dua, tiga hari ni..  Saya melihat, membaca @ ternampak perkara2 ini di sekeliling saya yg secara automatiknya terpublish ke otak saya menyebabkan saya terfikir2.. Saya rasa kasihan.. sedih.. tekilan sangat

Ya Allah jauhkanlah hamba Mu ini dari ujianMu yang seperti ini.. Amin..

Wednesday, November 9, 2011

Gedik.. ?!! cerita kegedikkannya membuat aku berfikir..


       
      Cerita ini cerita benar yg akau baca dari satu majalah lama.. bila melihat tajuknya “Perangai gedik? Aduh mualnya! Aku sdh memikirkan pasal penceritaan tentang kegedikkan seseorang yg akan diaibkan.. tapi x bermakna aku membaca krn suka membaca aib org tp aku mula berfikir apa gediknya, sampai org tu ( pencerita ) sgt beria-ia sampai ingin khabar kan ke 1 malaysia..
Tapi sangkaan ku silap.. rupanya dari pembacaan ku.. banyak point yg ingin beliau kongsi agar kita sebagai manusia sentiasa berfikir, x terus menghakimi org tanpa kenal & yg paling penting cerita ini benar2 membuka minda ku.. Baru ku sedar kdg2 aku jua berfikiran mcm pencerita yg belum kenal@ tau sdh membuat kesimpulan melulu..
Eh terlalu panjang plak intro saya..  ok masuk ke cerita sebenar..
                     macam ni ke gedik? huhu.. x tau la.. ( sekadar gambar hiasan ) ^___^
       Gedik.. perangainya yg gedik buat saya menyampah. Benar, saya benar2 menyampah melihatnya. Saya meluat, x tahan dgn tingkah lakunya mengeliat2. Cara ckpnya, kekdg perangai manjanya itu sama sekali x pernah mengusik suka dihati saya. Benar saya cukup meluat menengok. Mahu saya hambur muntah di hadapannya.
      Walaupun saya x layan dia , dia tetap mcm tu. Gedik, mmg dia x buat dosa padaku. Mmg dia x mengusik hidupku , x mengacau saya . entah mengapa mataku x suka tgk mukanya , x suka tgk perangainya. Mengapa? Saya x tahu. Byk kali kwn2 menegur cara saya melayan dia . kata mereka “ cool la brother”. Sanggah kwn2 ku.. dia mau gedik dia punya pasallah.. asalkan dia x menyusahkan hidup kita . mudahkan. Tetapi x bagi saya.
       Perempuan gedik ini, nak dikatakan cantik x la.. saya kategorikan sbg x malu lah di bawa berjalan. Mungkin krn ada lesung pipit dikedua2 pipinya membuatkan dia asyik tersengih dan ketawa besar. Agaknya ingin menayangkan lesung pipitnya. Kata org , kalau ada lesung pipit x cantik pun paling kurang manis . Entah saya x nmpk dimana manisnya dia.
      Kekadang saya rasa dia masih single sbb gaya gediknya yg buat lelaki paling muka, mual. Tetapi kata kwn2 perempuannya dia lah yg paling ada kelas, pandai bergaya, bijak, suara sedap dan minah cool, x mudah melenting. Kata mereka dia baik hati. Tetapi saya selalu rasakan cakap lembutnya itu sengaja dia buat2 dan dia bertambah perasan sbb kwn2 menganggap dia pandai bergaya. Sungguh saya x tipu.
     Satu persatu kwn2nya itu ada boyfriend, sdh bertunang dan ada yg berkahwin  dan ada juga antara perkahwinan kwn2 kami itu yg bermasalah. Kwn saya seorg ini misalnya selalu bergaduh dgn isterinya yg katanya selalu buat darahnya menyirap, x boleh bertolak ansur langsung. Katanya dia x tahan dgn perangai isterinya yg suka mengungkit.
     Saya sendiri pernah putus tunang krn sikap tunang saya yg terlalu cemburu dan makin hari makin kuat pula remote controlnya. Kahwin 3 tahun saya menduda. Bekas isteri saya x spt yg saya sangkakan. Sblm kahwin bukan main cantik bahasanya tingkah laku sentiasa dijaga. Tetapi dimana silapnya selepas setahun berkahwin manjanya hilang, kalau bercakap kasar memanjang. Suara x pernah rendah hingga kdg kala saya malu dgn emak dan adik-beradik saya.
      Berbalik pada perempuan gedik tu akhirnya merasa juga dia ada boyfriend. Lelaki itu sederhana sahaja. Tidak buruk , x la handsome. Sebenarnya saya x tau dimana cantiknya perempuan gedik itu yg membuat lelaki itu terpikat. Kata kwn2 lelaki itu sdh lama x girlfriend dan dia sdh malas hendak mencari , jadi siapa yg pandai mengurat , dapatlah. Maksudnya mgkn kebetulan saja.
       Tahun lepas si gedik itu kahwin. Kata lelaki itu mgkn sdh jodohnya. Katanya dia x juga beria-ia ingin berkahwin dgn si gedik tu dan dia x juga mendesak tp entah apa yg merasuknya 1 mlm kala keluar berdua, dlm bergurau dia mengajak si gedik itu berkahwin, ayatnya mudah, “you tak ada boyfriend, i pun tak ada girlfriend. Kita kahwin sajalah, kalau bahagia.. bahagialah kalau tidak mgkn bukan jodoh.”
     Saya pergi ke majlis perkahwinan meraka . Kenduri kendaranya sederhana sahaja. Dan baru2 ini saya terserempak dgn suaminya saya sengaja bertanya perihal rumah tangganya untuk wujudkan perbualan dan jawapannya sungguh memeranjatkan. Katanya apa yg berlaku sepanjang perkahwinannya sesuatu yg x dijangka. Pertama dia x menyangka isterinya dara. Kedua dia tidak menyangka si isteri itu punya sifat hormat yg tinggi pada suami. Katanya kalau dia tgh angin isterinya akan diam sahaja. Dia sama sekali x akan memarakkan lagi api kemarahannya. Rumahnya sentiasa bersih dijaga. Isterinya x akan tidur kalau dapur x siap dikemas. Sibuk mcm mana dia masih bertenaga utk memasak dan pandai memasak. Suaranya x pernah meninggi. Dia juga x pandai merungut, x kali leter dan tidak masam muka kalau suaminya bagi duit pada mak mentuanya.
         Mula2 ingat semua itu hanya sementara, mgkn isterinya buat2, takut perkahwinan sangkut di tengah jln tetapi lama2 tahulah dia itulah perangai isterinya. X byk karenah, x byk mulut dan seorg yg sentiasa bersyukur. Hari ini katanya dia pula yg risau kalau isterinya tiada disebelahnya sbbnya isterinya makin hari semakin cantik. Dia sdh dewasa.
         Hari in dia sdh dewasa, dewasa membawa sifat matang. Dan baru2 ini kami bertemu di sebuah majlis. Perbualan satu jam dgnnya membuat saya termalu sendiri. Perempuan gedik itu kini seorang perempuan yg ada pesona, ada gaya. Kata2 yg keluar daripada mulutnya lembut sentiasa membuatkan dia tampak manis. Baru kini saya nmpk aura pesonanya. Betul kata kwn saya bukan cinta saja buat mata kita buta, benci juga boleh menutup mata kita buta menilai.   
Moral : JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARAN